info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Umur meningkat, ramai risau otak tumpul... 6 makanan ini bantu lambatkan kemerosotan kognitif

Lead Image

RAMAI sanggup mengubah corak pemakanan demi memastikan tubuh kekal sihat dan bertenaga apabila usia semakin meningkat. 

Di media sosial, tular dakwaan bahawa terdapat makanan tertentu yang mampu melambatkan proses penuaan otak sehingga 12 tahun.

Organisasi dan pakar kesihatan seperti Harvard Medical School serta World Health Organization (WHO) menegaskan bahawa tiada makanan tunggal yang mampu menghentikan atau memutar balik proses penuaan otak.

Sayuran hijau melindungi sel otak daripada penuaan awal.

Kajian saintifik bagaimanapun mendapati corak pemakanan termasuk diet seimbang kaya nutrien boleh membantu menyokong kesihatan otak dan mengurangkan risiko kemerosotan kognitif seiring pertambahan usia.

Berikut antara makanan disarankan:

1. Ikan berlemak

Ikan seperti salmon, sardin dan kembung kaya dengan asid lemak omega-3, khususnya DHA dan EPA baik untuk menyokong kesihatan jantung serta membantu mengekalkan fungsi otak.

2. Sayur hijau berdaun

Bayam dan sawi hijau mengandungi folat, vitamin K serta pelbagai antioksidan penting untuk kesihatan otak.

MENARIK DIBACA:  Wanita terkedu mahkamah persoal anak makan 3 kali sehari, ada halia dalam resit tuntutan nafkah

MENARIK DIBACA: Teh putik bunga ros banyak khasiat, patut jadi minuman ‘rahsia’ kaum wanita

3. Teh hijau

Minuman ini mengandungi gabungan kafein dan L-theanine membantu meningkatkan fokus tanpa menyebabkan rasa terlalu gelisah dan membantu mengurangkan keradangan.

4. Coklat gelap

Coklat gelap mempunyai kandungan koko tinggi mengandungi flavanol, iaitu sebatian yang boleh membantu meningkatkan aliran darah dan memberi kesan positif terhadap emosi. 

Ikan salmon antara sumber terbaik omega-3.

5. Walnut

Walnut adalah sumber lemak sihat dan asid alfa-linolenik (ALA), sejenis omega-3 daripada tumbuhan. Pengambilannya dikaitkan dengan kesihatan jantung lebih baik dan berpotensi menyokong fungsi otak.

Selain pemakanan, gaya hidup sihat termasuk tidur mencukupi, aktiviti fizikal dan pengurusan tekanan membantu mengekalkan minda fokus seiring peningkatan usia.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Pakar tak galakkan basuh ayam mentah sebelum dimasak, ini sebabnya!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Jambu batu bantu tingkat hemoglobin, baik untuk pesakit anemia - Kajian

Terhangat