info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Pakar tak galakkan basuh ayam mentah sebelum dimasak, ini sebabnya!

Lead Image

MENCUCI ayam mentah sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita.

Amalan itu sebenarnya tak digalakkan pakar keselamatan makanan kerana ia meningkatkan risiko pencemaran silang yang menyebabkan bakteria berbahaya merebak ke seluruh dapur.

Menurut Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA), ayam mentah boleh mengandungi bakteria seperti Salmonella dan Campylobacter. 

Elak risiko pencemaran silang boleh mengancam kesihatan seisi keluarga.

Apabila ayam dibilas di bawah air paip, percikan air boleh membawa bakteria ke singki, meja dapur, peralatan memasak malah makanan lain yang berada berdekatan.

Malah, percikan itu boleh merebak sejauh kira-kira tiga kaki (hampir satu meter) dari singki. 

Lebih membimbangkan, membasuh ayam dengan air, garam, cuka atau perahan limau sebenarnya tidak mampu membunuh bakteria yang melekat pada daging. 

Sebaliknya, suhu memasak yang mencukupi merupakan satu-satunya cara berkesan untuk memusnahkan bakteria berbahaya tersebut. 

MENARIK DIBACA: 4 sekeluarga maut dalam masa 24 jam selepas makan tembikai

MENARIK DIBACA: Influencer maut lepas buat 'konten' makan ketam beracun, tangkap di hutan bakau

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membasuh ayam mentah sebelum dimasak. 

Ini kerana bakteria tersebar melalui percikan air boleh mencemari papan pemotong, pisau, sinki, tuala dapur serta makanan dimakan mentah seperti salad dan buah-buahan.

Sebaliknya, ayam mentah hanya perlu terus dimasak sehingga mencapai suhu dalaman 74 darjah Celsius.

Cara paling selamat bukan membasuh, tetapi memasak ayam hingga cukup suhu.

Pada suhu itu, bakteria berbahaya akan dimusnahkan, sekali gus menjadikan ayam selamat untuk dimakan tanpa perlu dibilas terlebih dahulu. 

Jika terdapat darah atau cecair berlebihan pada ayam, pakar mencadangkan dilap menggunakan tisu dapur pakai buang sebelum terus dibuang ke dalam tong sampah. 

Selepas itu, basuh tangan menggunakan sabun sekurang-kurangnya 20 saat dan bersihkan semua permukaan serta peralatan bersentuhan dengan ayam mentah menggunakan air sabun panas.

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Bangga tak makan MSG, siap 'haram' ada di dapur... Lelaki dedah realiti bahan perasa ramai tak sedar

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Umur meningkat, ramai risau otak tumpul... 6 makanan ini bantu lambatkan kemerosotan kognitif

Terhangat