KUALI | Trending

Influencer maut lepas buat 'konten' makan ketam beracun, tangkap di hutan bakau

Lead Image

SEORANG pempengaruh makanan ditemukan maut selepas makan ketam dipercayai beracun yang dikenali sebagai 'devil crab'.

Berdasarkan laporan, mangsa, Emma Amit, 51, dari Filipina menikmati hidangan ketam itu ketika melakukan siaran video mukbang bersama beberapa kenalannya.

Menerusi rakaman video tersebut, Emma dilihat menangkap haiwan berkenaan di kawasan hutan bakau berhampiran kediamannya di Puerto Princesa.

Dia kemudiannya memasak hasil tangkapan itu bersama santan dan beberapa rempah lain.

Emma ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan bibir bertukar gelap.

Antar klip yang tular di media sosial adalah aksi Emma menggigit seekor siput laut yang direbus bersama ketam berkenaan.

Bagaimanapun, wanita itu kemudian ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya sebelum dikejarkan ke hospital pada keesokan hari.

Difahamkan, bibir Emma bertukar menjadi biru gelap dipercayai akibat kekurangan oksigen dalam badan.

MENARIK DIBACA: Perancis bukan lagi paling hebat, Korea Selatan juara pertandingan bakeri dunia

MENARIK DIBACA: Wanita putus selera dapat ‘onion ring’ kecut, minta penjual ikhlas berniaga

Selepas menerima rawatan selama dua hari, Emma disahkan meninggal dunia pada 6 Februari lalu.

Hasil siasatan mendapati pihak berkuasa menemukan beberapa cangkerang ketam di dalam plastik sampah di kediamannya yang dipercayai menjadi punca kematian.

Untuk makluman, ketam berkenaan merupakan spesies yang mendiami terumbu karang di kawasan Indo-Pasifik dan mengandungi campuran toksin saraf berbahaya termasuk saxitoksin dan tetrodotoksin.

Racun yang biasanya ditemui pada ikan buntal ini boleh menyebabkan lumpuh, kegagalan pernafasan dan kematian jika tidak mendapat rawatan segera.-Agensi

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Ibadah ikut kemampuan,konsep‘ Re:Charge’ Muslim Pro bantu umat Islam kekal fokus sepanjang Ramadan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Ramai ingat hirisan sotong, rupanya taburan atas takoyaki adalah sejenis ikan! Proses penghasilannya ambil masa 6 bulan

Terhangat