info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Lelaki kongsi 'magis' Americano bantu kuruskan badan, 'hilang' 2kg dalam masa 3 hari

Lead Image

RAMAI sanggup mencuba pelbagai kaedah demi mendapatkan berat badan ideal, termasuk mengamalkan tip atau amalan diet yang tular di media sosial.

Sebelum mengikuti sesuatu trend, orang ramai disaran mendapatkan maklumat yang tepat agar tidak menjejaskan kesihatan dalam jangka panjang.

Seorang individu berkongsi pengalaman mengenai perubahan berat badannya yang didakwa berkait rapat dengan amalan minum kopi Americano.

Menurutnya yang juga penggemar kafein, ketika aktif mengambil minuman tersebut, berat badannya kekal stabil.

“Americano diet ni betul-betul 'magic' eh, dulu I gila betul dengan caffeine, berat badan 'maintain' je.

MENARIK DIBACA: Nampak senang, ramai mengaku kalah cuba diet tembikai ekstrem Zul Ariffin

MENARIK DIBACA: 'Defrost' ayam cara mudah guna garam... Lepas 30 minit dah boleh masak, isi lebih lembut

“Lepas itu, dah satu tahun berhenti, berat badan I naik mendadak. 'Now' I start minum balik rupanya sebab Americano ke I kurus dulu?

“I baru tahu ada Americano diet sebab dia 'cut' selera makan, u guys should try tho. I baru tiga hari berturut-turut (minum), 70kg jadi 68kg,” kongsinya.

Hantaran itu menarik perhatian warga maya yang turut berkongsi pengalaman masing-masing mengenai pengambilan kopi Americano sebagai salah satu cara mengawal selera makan.

“Americano atau 'anything' yang pahit akan aktifkan kita punya GLP1 yang buat kita akan rasa kenyang. That's why lebih baik ambil Americano berbanding benda lain. Tapi kalau boleh lapik dulu perut dengan apa-apa protein sebab nanti perut kamu banyak gas. So badan kamu akan berangin.

“Americano atau kopi O sama je 'function' teruk untuk mengurangkan berat.

“Yup, pernah turun 20kg sebab hampir setiap masa Americano dengan mineral water, buat kenyang, 'maintain' je, menurun adalah tapi bila 'stop', ambil latte sebagainya naik 10kg,” antara komen netizen.

Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa penurunan berat badan dipengaruhi pelbagai faktor termasuk corak pemakanan, tahap aktiviti fizikal serta metabolisme individu dan bukan semata-mata bergantung kepada pengambilan kopi.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Jambu batu bantu tingkat hemoglobin, baik untuk pesakit anemia - Kajian

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Kunyah halia sebelum makan bantu lancarkan sistem usus, tubuh serap lebih nutrien

Terhangat