info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Kunyah halia sebelum makan bantu lancarkan sistem usus, tubuh serap lebih nutrien

Lead Image

DALAM masyarakat tempatan, halia sering digunakan untuk membantu melegakan masalah penghadaman, mengurangkan rasa loya serta memanaskan badan. 

Kini, amalan mengunyah halia mentah sebelum makan kembali mendapat perhatian kerana dipercayai mampu membantu sistem pencernaan berfungsi dengan lebih baik.

Menurut perkongsian pakar kesihatan, mengunyah halia mentah selama kira-kira dua minit sebelum menikmati hidangan boleh merangsang perut menghasilkan lebih banyak enzim pencernaan.

Masalah perut senak selepas makan boleh diatasi dengan mengamalkan halia mentah.

Enzim pencernaan memainkan peranan penting dalam memecahkan makanan kepada komponen yang lebih kecil supaya nutrien dapat diserap dengan lebih berkesan oleh tubuh.

MENARIK DIBACA:  Cara wanita ini ajar cara buat donat 'step by step' dipuji, ramai teruja nak cuba - "Bagusnya bagi resipi detail"

MENARIK DIBACA: Nampak senang, ramai mengaku kalah cuba diet tembikai ekstrem Zul Ariffin

Apabila proses pencernaan menjadi lebih efisien, badan berupaya memanfaatkan vitamin, mineral dan nutrien lain daripada makanan diambil dengan lebih optimum. 

Malah, ada yang mendakwa amalan tersebut boleh membantu meningkatkan penyerapan nutrien daripada makanan yang dimakan selepas itu.

Halia kaya dengan kandungan enzim membantu mengembalikan kesihatan usus.

Selain membantu penghadaman, halia juga mengandungi sebatian aktif seperti gingerol yang mempunyai sifat antioksidan dan anti-radang.

Sebatian itu dipercayai dapat membantu melindungi sel badan daripada rosak akibat radikal bebas.

Walaupun halia menawarkan pelbagai manfaat, pengambilannya perlulah secara sederhana dan sebagai sebahagian daripada diet seimbang.

Individu mempunyai masalah kesihatan tertentu atau sedang mengambil ubat-ubatan juga disarankan mendapatkan nasihat doktor sebelum mengamalkan pengambilan halia mentah secara kerap.

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Lelaki kongsi 'magis' Americano bantu kuruskan badan, 'hilang' 2kg dalam masa 3 hari

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Biji nangka tinggi khasiat... Boleh jadi snek, kisar bubuh dalam sup, kari pun sedap

Terhangat