info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Biji nangka tinggi khasiat... Boleh jadi snek, kisar bubuh dalam sup, kari pun sedap

Lead Image

RAMAI tak tahu sebenarnya biji nangka boleh dimakan selepas direbus.

Bagaimanapun kebanyakan mereka memilih untuk membuangnya begitu sahaja kerana kurang pengetahuan tentang 'khazanah' yang terkandung di dalamnya.

Memetik laporan dari bodytruth.ig, biji nangka kaya dengan sumber protein, serat, vitamin B, magnesium dan zat besi.

Laporan tersebut menyebut, apabila direbus atau dipanggang, biji nangka menghasilkan rasa yang lembut serta sedikit berlemak seperti kekacang, sekali gus membekalkan khasiat tambahan kepada hidangan.

Biji nangka memiliki pelbagai sumber protein, serat, vitamin B, magnesium dan zat besi.

Penyelidikan yang dijalankan mendapati, biji nangka mengandungi asid amino penting yang menjadi sumber protein berasaskan tumbuhan dengan nilai yang sangat tinggi.

Walaupun tidak dianggap sebagai protein lengkap seperti telur atau produk tenusu, biji nangka tetap membekalkan sejumlah kebaikan penting untuk membantu mengekalkan jisim otot, membaiki tisu badan dan menyokong kesihatan secara keseluruhan, terutamanya apabila diambil sebagai sebahagian daripada diet seimbang. 

Biji nangka juga kaya dengan kanji tahan hadam, iaitu sejenis karbohidrat yang tidak dicerna di usus kecil dan sebaliknya menjadi sumber makanan kepada bakteria baik dalam usus besar. 

MENARIK DIBACA: Suami masak makaroni goreng 'crispy' untuk anak, isteri tengok terus sakit kepala

MENARIK DIBACA: Aqasha handal masak ikan sichuan, belajar dengan ibu masa zaman bujang

Keadaan ini dapat membantu meningkatkan kesihatan sistem pencernaan, memberikan rasa kenyang yang lebih lama serta merangsang penghasilan asid lemak yang bermanfaat kepada tubuh.

Selain itu, biji nangka turut mengandungi antioksidan dan mineral yang membantu menyokong penghasilan tenaga, fungsi sistem imun serta metabolisme yang sihat. 

Nangka adalah sejenis buah tropika bersaiz besar yang berasal dari Asia.

Justeru, ia boleh dianggap sebagai antara biji-bijian yang boleh dimakan tetapi sering dipandang remeh dalam masyarakat.

Cara menikmati biji nangka

  • Rebus biji nangka selama 20 hingga 30 minit atau panggang sehingga lembut. 
  • Buang kulit luarnya sebelum dimakan sebagai snek
  • Biji nangka juga boleh dikisar dan dimasukkan ke dalam sup, gulai kari dan masakan tumis untuk meningkatkan kandungan protein serta serat dalam makanan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Kunyah halia sebelum makan bantu lancarkan sistem usus, tubuh serap lebih nutrien

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Wajah lebih berseri, parut pudar dan rambut berkilat lepas amal minum kolagen sisik ikan

Terhangat