info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Petua

Minum air jintan manis, wanita dakwa banyak masalah berkaitan perut selesai!

Lead Image

MASALAH perut kembung atau berangin sememangnya boleh mengganggu aktiviti harian.

Bagi sesetengah individu, gejala sebegitu boleh membuatkan badan lemah dan kurang selesa sehingga ada yang sanggup mencuba pelbagai petua tradisional untuk kelegaan.

Seorang pengguna Threads berkongsi pengalamannya minum air jintan manis selepas dicadangkan oleh pengguna media sosial.

Menurutnya, dia pada awalnya tidak menyangka petua tersebut mampu memberikan kesan yang begitu ketara.

Minum air rendaman jintan manis didakwa membantu mengurangkan angin berlebihan, melegakan kekejangan ringan pada saluran pencernaan serta menyokong proses penghadaman.

"Entah siapa yang post hari itu yang cadangkan perut kembung, gerd, gastrik atau whatsoever minum air jintan manis. Aku doakan kau dimurahkan rezeki selalu.

"Memang power! Lepas minum perut terus rasa lega. First time buat taklah teruk sangat rasa. Honestly rasa kosong.

"Rasa jintan sikit hujung-hujung je," tulisnya.

MENARIK DIBACA: Bawang putih berkulat undang risiko kanser, jangan teragak-agak nak buang

MENARIK DIBACA: Masak tak sampai 10 minit, sardin tumis daun leek sedap lain macam!

Selain masalah perut kembung, pengguna berkenaan turut mendakwa petua sama dicubanya bagi masalah buang air besar berdarah dan buasir, sambil menegaskan bahawa segala kesan positif yang dirasainya adalah atas izin Allah SWT.

"Selain itu, bagi sesiapa yang ada masalah berak berdarah atau buasir, cubalah petua ini.

"Saya dah cuba, MasyaAllah semua atas izinNya," ujarnya.

Jintan manis, rempah berbentuk biji kecil daripada tumbuhan herba 'Foeniculum vulgare' sudah lama digunakan dalam masakan bagi masyarakat Melayu, India dan Timur Tengah.

Jintan manis merupakan antara rempah yang sering digunakan dalam masakan tradisional.

Malah, terdapat amalan tradisional mempraktikkan minum air rendaman jintan manis untuk tujuan kesihatan perut.

Jintan manis mempunyai sifat 'carminative', iaitu secara tradisional digunakan untuk membantu mengurangkan gas dalam sistem pencernaan.

Antara manfaat yang sering dikaitkan dengan jintan manis termasuklah membantu mengurangkan angin berlebihan, melegakan kekejangan ringan pada saluran pencernaan serta menyokong proses penghadaman.

Ia juga dikatakan dapat membantu merangsang rembesan enzim pencernaan, sekali gus berpotensi mengurangkan rasa berat atau tidak selesa selepas makan.

Bagaimanapun, manfaat tersebut tidak bermakna air jintan manis boleh dianggap sebagai rawatan bagi penyakit seperti gerd, gastrik, buasir atau pendarahan ketika membuang air besar.

Jika seseorang mengalami simptom berulang, sakit yang kuat atau najis berdarah, pemeriksaan doktor amat penting bagi mengenal pasti punca sebenar.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

Tip mudah simpan bawang supaya tahan lama, cuma guna tisu dan serbuk teh

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

Petua mudah simpan tauge... Kekal segar, rangup lepas seminggu dibeli

Terhangat