info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Petua

Tip mudah simpan bawang supaya tahan lama, cuma guna tisu dan serbuk teh

Lead Image

BAWANG antara bahan yang sentiasa ada di dapur rumah masing-masing.

Tetapi masalahnya, jika disimpan terlalu lama atau dalam keadaan lembap, bawang boleh cepat rosak, berkulat dan akhirnya terpaksa dibuang sebelum sempat dihabiskan.

Bagi mengatasi masalah ini, seorang pengguna di Instagram berkongsi tip mudah untuk bawang tahan lebih lama apabila disimpan.

Menariknya, teknik ini hanya menggunakan dua bahan mudah yang kebiasaannya ada di rumah iaitu tisu dan serbuk teh.

Bawang yang terdedah dengan kelembapan akan cepat rosak jika tidak disimpan dengan betul.

Menerusi perkongsian tersebut, pengguna berkenaan berkata kaedah itu membantu mengurangkan masalah bawang cepat rosak sebelum sempat digunakan.

“Sejak buat ni, kuranglah 'drama' bawang belum sempat habis dah rosak," tulisnya.

Menurutnya, tisu berfungsi membantu menyerap lebihan lembapan, manakala serbuk teh pula dikatakan membantu menyerap kelembapan dan bau di dalam bekas penyimpanan.

MENARIK DIBACA: Indonesia mohon Unesco iktiraf 'Budaya Tempe', netizen pelik nama Malaysia kena 'petik'

MENARIK DIBACA: Rupanya ayam gepuk tak popular di Indonesia! Cuma dimakan mahasiswa sebab murah

Caranya juga cukup mudah dan tidak memerlukan banyak langkah.

  1. Lapik tisu pada bahagian dasar atau tempat menyimpan bawang.
  2. Masukkan bawang ke dalam bekas tersebut.
  3. Taburkan serbuk teh di dalam bekas bersama bawang.
  4. Selepas itu, simpan bawang seperti biasa di tempat yang sesuai dan pastikan bawang tidak berada dalam keadaan terlalu lembap.

Tip berkenaan turut menarik perhatian pengguna media sosial yang teruja melihat teknik ringkas tersebut. Rata-rata mengakui tidak sabar untuk mencubanya sendiri di rumah, terutama mereka yang sering berdepan masalah bawang cepat rosak ketika disimpan.

Tip Kuali: Pastikan bawang dalam keadaan kering, tidak basah dan mempunyai pengudaraan yang baik bagi membantu mengurangkan risiko kerosakan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

Wanita stres nasi lemak asyik tak jadi - "Dah ikut resipi ‘step by step’ tetap gagal

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

Minum air jintan manis, wanita dakwa banyak masalah berkaitan perut selesai!

Terhangat