Wanita stres nasi lemak asyik tak jadi - "Dah ikut resipi ‘step by step’ tetap gagal
NASI lemak merupakan menu sarapan paling popular di Malaysia selain roti canai.
Justeru tidak hairanlah sajian ini dijual di merata tempat di seluruh pelosok negara.
Bagaimanapun, nak menghasilkan nasi lemak yang sempurna tidaklah semudah yang disangka!

Seperti perkongsian seorang wanita, nasi lemak yang dimasaknya asyik tidak menjadi walaupun dia sudah mengikuti resipi dan langkah penyediaan satu per satu.
Disebabkan musykil tentang punca nasi lemaknya tidak menjadi, dia meminta bantuan warganet untuk berkongsi petua masing-masing.
“Tolong share tips sikit. Setiap kali saya buat nasi lemak, kenapa nasi lemak saya selalu jadi jelantah (mentah). Saya dah ikut resipi step by step pun tetap gagal. End up saya kena kukus.
“Adakah punca periuk nasi? Atau saya masak terlalu banyak ke sampai penuh macam tu?” katanya menerusi laman Threads.
MENARIK DIBACA: 7 'street food' terbaik Asia Tenggara, nasi lemak masuk senarai
MENARIK DIBACA: Nasi lemak ditukar nama kepada Nanyang Coconut Rice, netizen Malaysia lancar 'perang'
Rata-rata netizen tampil memberikan pelbagai cadangan termasuk mengambil kira sukatan air dan santan yang tepat supaya nasi tidak terlalu lembik atau berair.
“Sukat air kosong sehingga paras jari pertama, masukkan santan (saya guna santan kotak) sampai separuh paras jari sebelum line kedua.

“Kalau beras wangi kena kurangkan kuantiti cecair. Saya jenis yang tak sukat pakai jari. Saya pakai cawan. Tapi kena tahu pakai beras apa,” komen beberapa netizen.
Seorang netizen pula mencadangkan teknik memasak nasi yang diamalkannya setiap kali menggunakan periuk nasi bagi memastikan santan sebati dan nasi masak dengan sempurna.
“Tanak nasi macam biasa. Bila rice cooker tu warm, kacau rata bagi santan semua sebati.
“Ni langkah penting, tutup penutup rice cooker kemudian tekan cook. Kalau tak boleh tekan, tunggu lima minit kemudian tekan semula,” komennya.