info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Petua

Bancuh 'ibu tepung' rahsia cucur udang garing di luar, lembut di dalam

Lead Image

CUCUR udang memang antara kuih yang mudah disediakan, tetapi teknik bancuhan tepung memainkan peranan penting untuk mendapatkan tekstur sempurna.

Setiap orang mungkin mempunyai cara tersendiri ketika menyediakan cucur udang, namun ada satu teknik dikongsikan seorang pengguna Threads yang boleh dicuba.

Menerusi perkongsian pengguna, Nyonya Zubaidah, ‘ibu tepung’ menjadi antara kunci utama untuk menghasilkan cucur udang yang lembut di dalam tetapi tetap garing di luar.

Perkongsian tersebut mencuri perhatian ramai.

"Sebab suami suka cucur udang (saya pun), terjumpa teknik/resipi yang saya rasa sesuai maka saya pun cuba. Versi yang hari ni, saya 'super' suka.

"Hasilnya, lembut di dalam, garing di luar," ujarnya di Threads.

Menariknya, teknik ini turut menggunakan nasi sejuk yang dikisar bersama telur dan air sebelum dicampurkan ke dalam bancuhan tepung.

MENARIK DIBACA: Cucur udang seekor, memang sedap makan panas-panas

MENARIK DIBACA: [V] Macam cucur tapi ada beza bahan-bahan buat bakwan jagung

Berikut cara hasilkan ‘ibu tepung’ untuk cucur udang:

  1. Ambil kira-kira 3 sudu besar tepung gandum dan bancuh dengan air panas untuk membuat ibu tepung.
  2. Dalam bekas lebih besar, kacau bancuhan tepung dan air untuk membuat cucur udang seperti biasa.
  3. Kisar nasi sejuk bersama telur dan air sehingga halus.
  4. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam bancuhan tepung.
  5. Kemudian, masukkan ‘ibu tepung’ yang telah disediakan ke dalam bancuhan.
  6. Gaul semuanya sehingga sebati dan pastikan adunan tidak terlalu berketul.
  7. Bancuhan ini kemudiannya boleh digunakan untuk menghasilkan cucur udang mengikut resipi dan bahan tambahan yang biasa digunakan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

Minum air daun jambu batu bantu kawal gula dalam darah, baik untuk pesakit diabetes

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

Wanita stres nasi lemak asyik tak jadi - "Dah ikut resipi ‘step by step’ tetap gagal

Terhangat