info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Petua

Minum air daun jambu batu bantu kawal gula dalam darah, baik untuk pesakit diabetes

Lead Image

SELAIN buahnya yang kaya dengan khasiat, daun jambu batu juga sering digunakan dalam amalan perubatan tradisional. 

Antaranya amalan minum air rebusan daun jambu batu yang dipercayai dapat membantu mengawal kadar gula.

Kajian sains menunjukkan bahawa ekstrak atau teh daun jambu batu sangat baik untuk pesakit kencing manis (diabetes) kerana ia membantu mengawal paras gula dalam darah dan meningkatkan sensitiviti insulin.

Bagaimanapun pesakit diingatkan supaya mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

MENARIK DIBACA: Tumis brokoli cendawan, hidangan bergizi pikat selera anak masa cuti sekolah

MENARIK DIBACA: Kulit limau melegakan tekanan, buahnya pula bekalan nutrisi baik untuk badan

Cara penyediaan secara tradisional:

  1. Ambil satu hingga tiga helai daun jambu batu muda.
  2. Basuh daun menggunakan air mengalir sehingga bersih.
  3. Masukkan daun ke dalam secawan air, kemudian rendam semalaman atau rebus selama lebih kurang 10 hingga 15 minit.
  4. Setelah selesai, tapis airnya dan minum sebagai teh herba tanpa menambah gula.

Walaupun air rebusan daun jambu batu telah lama digunakan sebagai petua tradisional, ia tidak seharusnya menggantikan ubat atau rawatan yang diberikan doktor. 

Pesakit diabetes yang ingin mencuba minuman herba ini sebaiknya berbincang dengan doktor terlebih dahulu, terutama jika sedang mengambil ubat untuk menurunkan paras gula kerana pengambilan herba bersama ubat tertentu mungkin memerlukan pemantauan paras gula dengan lebih teliti.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

'DIY' deodoran guna minyak, serbuk penaik dan tepung... Ketiak harum, kulit makin cerah

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

Bancuh 'ibu tepung' rahsia cucur udang garing di luar, lembut di dalam

Terhangat