Petua mudah simpan tauge... Kekal segar, rangup lepas seminggu dibeli
TAUGE merupakan antara sayuran yang cukup popular dan sering digunakan dalam masakan seperti mi goreng atau dijadikan kerabu.
Bagaimanapun satu perkara yang perlu diakui, tauge sifatnya amat mudah rosak dan berbau jika tidak disimpan dengan cara betul.
Bagi mereka yang gemar membeli tauge dalam kuantiti banyak, terdapat tip mudah dikongsikan seorang pengguna di Threads untuk membantu memanjangkan jangka hayat tauge dengan tekstur kekal segar dan rangup.

Menerusi hantaran tersebut, pengguna berkenaan berkata sudah hampir seminggu dia membeli tauge dan keadaannya masih segar dan rangup.
"Tauge ni dah nak dekat seminggu saya beli tapi rasa masih lagi rangup.
"Jom saya kongsikan tip supaya tauge tahan lama," katanya..
Menurutnya, tauge yang baru dibeli tidak boleh dibasuh, sebaliknya cuma perlu direndam dengan asam keping.
MENARIK DIBACA:Keputusan tinggalkan karier doktor akhirnya ada kemanisan, gerai nasi padang pemuda ini kini jadi sebutan ramai
MENARIK DIBACA:‘Mola-mola’ hanya buat video masak, sekarang Kakcik Yah sibuk reviu makanan... Ada sanggup datang rumah hantar produk!
"Jangan terus basuh tauge.
"Cuma perlu rendam bersama asam keping.
"Kemudian barulah disimpan dalam peti sejuk," katanya.
Bagaimanapun, satu perkara penting yang perlu dilakukan ialah menukar air rendaman setiap hari untuk mengelakkan tauge berbau dan berlendir.

Tip mudah yang dikongsikan turut menarik perhatian netizen, lebih-lebih lagi buat penggemar tauge.
"Suka tauge! Terima kasih awak sebab kongsi tip supaya tauge tahan lama. Saya baru tahu.
"Wah menarik! Terima kasih kongsi cara simpan tauge," antara komen netizen.
Kaedah ini tentunya menarik untuk dicuba terutama bagi mereka yang sering membeli tauge tetapi tidak sempat menghabiskannya dalam tempoh singkat.
Bagaimanapun keadaan tauge tetap perlu diperiksa sebelum dimasak.
Jika mula mengeluarkan bau, berubah warna atau mula berlendir, sebaiknya tauge tersebut tidak digunakan.