info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Petua

Buat baja organik guna sisa ikan bilis! Tanaman subur, tomato dan cili 'meriah' di pokok

Lead Image

SELEPAS menyiang atau mengopek ikan bilis, kebanyakan daripada kita akan terus membuang kepala dan tulangnya dalam tong sampah. 

Tanpa disedari, bahagian yang dianggap tidak berguna itu sebenarnya boleh dijadikan baja organik yang kaya dengan nutrien untuk menyuburkan tanaman di rumah.

Nutrien ini membantu menguatkan sistem akar, menyuburkan tanah serta merangsang penghasilan bunga dan buah.

Terdapat dua cara menghasilkan air baja sisa kepala ikan bilis iaitu rendaman atau dikisar.

Baja organik berasaskan kepala ikan bilis juga menjadi pilihan ramai kerana kosnya yang rendah selain dapat memanfaatkan sisa makanan di dapur. 

Daripada dibuang begitu sahaja, lebih baik dikitar semula menjadi sumber nutrien yang bermanfaat terutama untuk tanaman mudah ditanam dan dituai seperti bendi, cili dan tomato.

Terdapat dua kaedah yang sering diamalkan oleh pekebun di rumah, iaitu kaedah kisar dan kaedah peram.

1. Kaedah kisar (kegunaan segera)                                                                                        

  • Masukkan kepala ikan bilis bersama air dalam mesin pengisar.
  • Kisar sehingga benar-benar hancur.
  • Siram terus air kisaran pada pangkal pokok.
  • Nutrien daripada kepala ikan bilis akan meresap ke dalam tanah dan membantu pertumbuhan tanaman.

MENARIK DIBACA: Tertelan serpihan lidi sate dalam pesawat, wanita saman syarikat penerbangan

MENARIK DIBACA: 'Order' sendiri-sendiri, pemuda bengang kawan suruh bayar bil sama rata - "Aku makan RM16 je"

2. Kaedah peram (baja lebih pekat)

  • Masukkan kepala ikan bilis ke dalam bekas bertutup.
  • Tambahkan air sehingga menenggelamkan bahan tersebut.
  • Jika mahu, boleh ditambah sedikit serbuk perasa sebagai penggalak proses pereputan.
  • Peram selama dua hingga empat minggu di tempat yang redup.
  • Tapis cecair yang terhasil.
  • Cairkan cecair baja dengan air bersih sebelum disiram pada tanaman.
Air baja dari sisa kepala ikan bilis kaya dengan nutrien dan membantu menyuburkan tanaman.

Cara penggunaan

  • Gunakan baja ini dengan menyiramnya pada pangkal pokok seminggu sekali atau setiap dua minggu. Penggunaan secara sederhana lebih baik kerana dapat membekalkan nutrien secara berterusan tanpa menyebabkan tanah terlalu 'panas'.
  • Walaupun kepala ikan bilis kaya dengan nutrien, elakkan menaburnya secara mentah di atas permukaan tanah. Kaedah ini boleh mengeluarkan bau kurang menyenangkan serta menarik kehadiran semut, lalat, tikus dan haiwan perosak lain.
  • Selain menjimatkan kos membeli baja komersial, penggunaan kepala ikan bilis sebagai baja organik turut menyokong amalan kitar semula sisa dapur. 
  • Dengan sedikit usaha, bahan yang sering dibuang ini mampu memberi manfaat besar kepada tanaman, sekali gus membantu pokok tumbuh lebih subur, berbunga cantik dan menghasilkan buah yang lebih lebat.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

Petua mudah simpan tauge... Kekal segar, rangup lepas seminggu dibeli

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

Sambal pahit sebab hangit masih boleh diselamatkan guna petua-petua ini

Terhangat