info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Petua

Masalah kari susah pecah minyak selesai dengan tip 'tumis awal', guna santan kotak pun menjadi!

Lead Image

BAGI penggemar kari, melihat permukaan kuah dengan lapisan minyak berkilat sememangnya menjadi petanda bahawa hidangan itu menjadi. 

Selain menjadikan 'rupa' kari nampak lebih menyelerakan, proses pecah minyak juga membantu mengeluarkan aroma rempah yang lebih harum dan rasa yang lebih mantap.

Bagaimanapun tidak semua orang berjaya menghasilkan kari sempurna yang melalui proses pecah minyak, terutama bagi mereka yang menggunakan santan kotak. 

Ramai beranggapan santan jenis ini lebih sukar menghasilkan tekstur lapisan minyak, tidak seperti menggunakan santan segar.

Memasukkan santan lebih awal ketika menumis menjadikan santan pecah minyak dengan sempurna. Foto Gambar AI

Seorang pengguna Threads berkongsi tip memasak yang menarik perhatian ramai apabila mendakwa rahsia kari mudah pecah minyak adalah dengan memasukkan santan ketika proses menumis rempah.

"Kepada yang ajar tumis santan sekali masa menumis, semoga urusan awak dipermudahkan. Selama ini kalau masak kari ayam susah sangat nak pecah minyak kalau guna santan kotak. Sekarang memang suka!" katanya.

Perkongsian ringkas itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang mengakui teknik tersebut sememangnya sangat berkesan, malah membuatkan hidangan kari kelihatan lebih cantik.

MENARIK DIBACA: Hati-hati dengan kayu manis murah, kandungan coumarin tinggi berisiko rosakkan hati

MENARIK DIBACA: Tekstur kenyal, aroma harum... Snek Korea kek beras tteok mentega kini jadi kegilaan

"Itulah 'method' paling senang. Saya pun belajar dari Thread juga. Sumpah lepas tu kejadian kari cantik sangat.

"Saya pun guna cara ini juga. Kari memang pecah minyak elok walaupun guna santan kotak.

"Betul, saya pun buat cara sama. Hasilnya santan pecah minyak elok," kata beberapa netizen.

Apabila santan dimasukkan lebih awal bersama pes rempah, kandungan lemak dalam santan akan masak perlahan-lahan sehingga minyak semula jadinya keluar. 

Proses ini membantu rempah masak dengan lebih sempurna dan menghasilkan kuah yang lebih berlemak serta kaya rasa.

Beberapa netizen turut berkongsi hasil masak kari mereka dengan menggunakan cara sama.

Bagaimanapun, proses ini memerlukan api sederhana dan perlu dikacau berterusan bagi mengelakkan santan pecah secara tidak sekata, atau hangus di bahagian bawah periuk.

Selain teknik menumis santan, beberapa kaedah lain juga boleh membantu menghasilkan kari yang cantik dan beraroma:

  • Tumis bawang dan rempah sehingga benar-benar masak sebelum menambah bahan lain.
  • Gunakan api sederhana supaya rempah tidak cepat hangus.
  • Masak lebih lama dan jangan terlalu kerap menambah air.
  • Biarkan kuah mendidih perlahan supaya minyak naik secara semula jadi.
  • Jika menggunakan santan kotak, pilih santan yang mempunyai kandungan santan lebih tinggi untuk hasil yang lebih berlemak.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

Nelayan kongsi punca ikan pari bau hancing, netizen beri petua elak pembaziran

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

Ini tip, bahan rahsia masak kuetiau goreng padu macam makan di kedai

Terhangat