info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Hati-hati dengan kayu manis murah, kandungan coumarin tinggi berisiko rosakkan hati

Lead Image

KAYU manis antara rempah yang menjadi pelengkap pelbagai hidangan, sama ada kuih-muih dan masakan sehinggalah minuman seperti kopi serta teh.

Bagaimanapun tidak ramai menyedari bahawa bukan semua kayu manis adalah sama.

Jenis kayu manis yang sering dijual pada harga murah di pasaran sebenarnya boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan jika diambil secara berlebihan.

Menurut perkongsian @luqmanz.99 di Threads, kayu manis pernah menjadi antara rempah paling bernilai di dunia, malah nilainya dikatakan lebih tinggi daripada emas suatu ketika dahulu.

Perkongsian tersebut mencuri perhatian netizen.

Bagaimanapun, rempah yang dianggap begitu berharga itu bukanlah kayu manis yang biasa ditemui di pasar raya zaman sekarang, sebaliknya kayu manis Ceylon atau lebih dikenali sebagai kayu manis asli.

Katanya, sejak zaman Mesir Purba, kayu manis Ceylon digunakan dalam proses pengawetan mayat, manakala pedagang Arab pula menguasai perdagangan rempah itu selama berabad-abad lamanya,

"Kayu manis Ceylon, jenis sejati, datang daripada pokok Cinnamomum verum. Teksturnya lembut, mempunyai lapisan kulit yang nipis dan mudah dipatahkan.

"Ia merupakan rempah yang dihormati, dijaga dan dijual pada harga yang tinggi. Namun keadaan berubah apabila versi yang lebih murah mula memasuki pasaran," katanya.

MENARIK DIBACA: Bergelut nak berhenti merokok? Cuba buat minuman susu kayu manis, bantu kurangkan ketagih

MENARIK DIBACA: Kecil tapi bahaya kalau termakan, kayu manis ‘ubat’ halau semut

Kemunculan kayu manis cassia ubah pasaran

Menurutnya, landskap perdagangan kayu manis berubah apabila kayu manis cassia, yang berasal daripada spesies seperti Cinnamomum cassia dan Cinnamomum aromaticum, mula dihasilkan secara besar-besaran.

Kos pengeluaran yang lebih rendah menjadikan cassia jauh lebih murah berbanding Ceylon, sekali gus menyebabkan ia menguasai pasaran global.

"Kayu manis cassia pula datang daripada spesies yang berbeza. Ia lebih murah dihasilkan, bertekstur keras, tebal dan hanya terdiri daripada satu lapisan kulit yang melengkung.

"Apabila kayu manis menjadi komoditi murah, cassia mula membanjiri pasar raya dan kebanyakannya hanya dilabel sebagai 'kayu manis' tanpa menyatakan jenisnya," ujarnya.

Coumarin boleh memberi kesan toksik kepada hati jika diambil secara berlebihan.

Kandungan coumarin jauh lebih tinggi

Jelasnya lagi, perbezaan antara kedua-dua jenis kayu manis itu bukan sekadar pada aroma dan tekstur, malah turut melibatkan kandungan coumarin, iaitu sebatian semula jadi yang boleh memberi kesan toksik kepada hati jika diambil secara berlebihan.

Menurutnya, kayu manis cassia mengandungi kadar coumarin lebih tinggi iatu kira-kira 1 peratus coumarin, berbanding kayu manis Ceylon yang hanya sekitar 0.004 peratus.

"European Food Safety Authority (EFSA) menetapkan had pengambilan harian yang boleh diterima ialah 0.1 miligram bagi setiap kilogram berat badan.

"Bagi individu seberat 68 kilogram, had tersebut adalah sekitar 7 miligram sehari. Hanya satu hingga dua sudu teh kayu manis cassia sehari sudah boleh melebihi had itu," ujarnya.

Bagi mereka yang gemar menambah serbuk kayu manis dalam kopi, oat, smoothie atau pelbagai minuman kesihatan, sebaiknya pilih kayu manis Ceylon kerana kandungan coumarinnya jauh lebih rendah

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Awet muda, tingkat kesuburan antara 6 manfaat makan tauge... Henti buang 'superfood'!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Makan durian pakai sarung tangan plastik jejas kesihatan tubuh dan otak? Ini penjelasannya

Terhangat