info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Awet muda, tingkat kesuburan antara 6 manfaat makan tauge... Henti buang 'superfood'!

Lead Image

MUNGKIN ada dalam kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan anda cukup 'anti' dengan tauge.

Mereka sanggup mengasingkan satu persatu tauge yang ada dalam makanan, kerana menganggap ia tidak sedap atau menjejaskan keenakan sajian.

Tauge tergolong dalam dua kumpulan berbeza. Dari sudut kulinari atau pemakanan, taugeh dikategorikan sebagai sayur-sayuran.

Manakala dari sudut botani, tauge dikategorikan sebagai keluarga kekacang (Fabaceae) kerana ia merupakan anak benih atau kecambah yang tumbuh daripada kacang seperti kacang hijau dan soya.

Tauge merupakan sejenis sayuran yang tumbuh daripada biji kacang hijau.

Tauge adalah makanan 'super' yang kaya dengan nutrien penting untuk membekalkan pelbagai kebaikan seperti menguatkan sistem imun, melancarkan pencernaan, mengawal berat badan, serta membantu mencegah penyakit kronik.

Selain itu tauge juga membantu menjaga kesihatan bukan sahaja secara dalam, bahkan juga luaran.

Berikut merupakan antara manfaat dan kelebihan tauge secara menyeluruh:

  • Kaya protein

Tauge mempunyai dua kali ganda protein berbanding daging lembu atau ayam. 

Antara kebaikannya, ia mampu meningkatkan kesuburan terutamanya lelaki yang sangat memerlukan protein untuk menghasilkan hormon bagi tujuan kesuburan.

  • Kaya enzim

Berbanding sayur-sayuran lain, tauge mengandungi 100 kali ganda enzim yang penting untuk fungsi tubuh terutamanya proses pencernaan. 

Enzim mampu membantu individu yang mempunyai masalah penghadaman dan perut kembung.

MENARIK DIBACA: Penjelasan punca kejadian isi ayam bertukar hijau... Nampak geli tapi boleh dimakan!

MENARIK DIBACA: Bukan rehat minum biasa... Ini sebab 'hydration break' diwujudkan dalam setiap perlawanan Piala Dunia FIFA 2026

  • Kaya serat

Tauge juga baik untuk fungsi penghadaman kerana mengandungi serat yang tinggi. Serat membantu meleraikan lemak dan toksin dalam badan lalu mengeluarkannya, sekali gus dapat membantu anda mengawal berat.

  • Tinggi antioksidan

Tauge yang kaya antioksidan dan asid amino sebenarnya mampu memberikan pelbagai kebaikan antaranya melawan kanser dan memperbaiki fungsi otak. 

Pada masa yang sama, makan tauge juga membantu untuk kekal awet muda.

Tauge selalu digunakan sebagai rencah tambahan masakan seperti mi goreng atau dimasak sayur air.
  • Kaya asid lemak

Selain itu, tauge juga sangat kaya dengan asid lemak. Kebanyakan individu tidak mendapatkan asid lemak omega-3 kerana hanya bergantung kepada makanan laut atau telur sahaja. 

  • Kaya vitamin

Paling penting tauge sebenarnya sangat kaya dengan vitamin seperti vitamin A, C, E dan pelbagai lagi dalam keluarga vitamin B. 

Vitamin-vitamin ini sangat penting untuk tumbesaran dan perkembangan tubuh badan anda.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Garam epsom bantu bayi tidur selesa, kurang meragam... Ibu kongsi tip mandian

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Hati-hati dengan kayu manis murah, kandungan coumarin tinggi berisiko rosakkan hati

Terhangat