info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Petua

Pempengaruh kongsi cara goreng haruan berempah... Langsung tak hanyir, rasa macam ikan laut

Lead Image

TIDAK dinafikan ramai yang menggemari ikan laut berbanding ikan air tawar kerana menganggap ikan darat (sungai) mempunyai bau hanyir serta rasa yang kurang enak.

Bagaimanapun tanggapan itu mungkin berubah selepas mencuba resipi ikan haruan goreng yang dikongsikan oleh pempengaruh masakan terkenal, Selvakumar Arunasalam dalam akaun Facebook miliknya.

Menerusi hantaran yang dibuatnya, Arunasalam berkongsi tentang cara penyediaan dan penggunaan rempah betul yang dikatakan mampu mengubah rasa ikan air tawar menjadi lebih lazat setanding ikan laut.

Sambil memancing, Selvakumar akan menunjukkan skil memasaknya untuk tontonan ramai.

Arunasalam berkata ramai sebenarnya menolak bulat-bulat ikan haruan kerana tidak biasa dengan kaedah memasaknya.

Hakikatnya, ikan haruan yang digoreng menggunakan perapan rempah yang sesuai boleh menghasilkan rasa yang hampir menyerupai ikan laut.

"Ramai je tak suka makan ikan darat ataupun ikan air tawar. Sebenarnya ikan haruan kalau goreng dengan betul, rasanya macam ikan laut," katanya.

Penyediaan ikan haruan goreng tanpa bau hanyir:

  • Pilih ikan haruan dengan berat kira-kira 1 kilogram
  • Potong ikan secara bulat dengan ketebalan sekitar 1/2 inci, kemudian cuci bersih.
  • Gaul ikan bersama:
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk cili
  • Serbuk kari
  • Serbuk ketumbar
  • Garam
  • Pes halia dan bawang putih (ginger garlic paste)
  • Perap selama 30 minit supaya rempah meresap ke dalam isi ikan.
  • Cincang halus daun kari dan masukkan sekali ke dalam bahan perapan untuk menambahkan aroma serta rasa.
  • Goreng menggunakan api kecil selama 3 hingga 4 minit bagi setiap bahagian sehingga ikan garing dan berwarna keemasan.

MENARIK DIBACA: Bubur sumsum nikmat makan dengan gula merah, senang sangat cara buatnya!

MENARIK DIBACA: Bosan masak lauk sama? Cuba buat karahi daging... Rasa pedas, masam berlemak

Gabungan rempah bersama daun kari bukan sahaja memberikan aroma yang lebih wangi, malah membantu menghasilkan kerak luar yang rangup apabila digoreng, manakala isi ikan kekal lembut dan berjus.

Ikan haruan bukan sahaja terkenal kerana keenakan rasanya apabila dimasak dengan betul, malah turut dikenali sebagai sumber protein yang tinggi serta mengandungi pelbagai nutrien penting.

Dalam masyarakat tempatan, ikan haruan juga sering dijadikan pilihan makanan yang dipercayai membantu proses pemulihan tubuh selepas pembedahan atau bersalin, selain menjadi hidangan harian yang berkhasiat.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

Cendawan susu harimau ikhtiar untuk kanak-kanak batuk, ada masalah paru-paru

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

Santan kotak selesaikan masalah rambut gugur, suami botak tak teragak amal petua sama

Terhangat