info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Al-Quran bukan pelaris bisnes! Peniaga diminta tak pasang bacaan ayat suci di kedai makan

Lead Image

ADA peniaga beranggapan tindakan memasang ayat suci al-Quran di kedai makan boleh membantu membawa keberkatan dalam perniagaan.

Malah ada yang berfikir cara itu merupakan salah satu inisiatif untuk menarik pelanggan masuk ke kedai.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Threads, dia menegur amalan berkenaan serta menyifatkan ia tidak wajar dilakukan dalam keadaan premis yang bising.

Perkongsian di laman Threads.

Menurutnya suasana kedai makan yang sesak, dengan pelanggan rancak berbual boleh menyebabkan bacaan al-Quran tidak diberikan perhatian sewajarnya.

“Janganlah pasang ayat-ayat al-Quran dalam kedai makan, orang nak berbual.

“Kan haram berbual waktu al-Quran dibacakan, tak hormat kita dengan al-Quran,” katanya.

MENARIK DIBACA: Popular bulan Muharam, adakah sajian bubur Asyura disebut dalam al-Quran dan hadis?

MENARIK DIBACA: Perhatian pesakit diabetes! Ini 7 buah-buahan boleh punca bacaan gula dalam darah melonjak

Sebaliknya, sebagai alternatif, dia menyarankan peniaga memasang rakaman ceramah agama atau tazkirah yang boleh memberikan manfaat kepada pelanggan.

“Alternatif, boleh pasang ceramah-ceramah, banyak ceramah yang bagus untuk kita dengar. Al-Quran bukan pelaris untuk majukan bisnes,” ujarnya.

Menurut sebahagian ulama, hukum memainkan alunan ayat suci di kedai makan adalah makruh atau tidak digalakkan jika suasana kedai bising, dipenuhi perbualan kosong tanpa ada yang mendengarkannya.

Komen netizen di laman Threads

Imam al-Nawawi dan sebahagian ulama mazhab Hanbali menyifatkan tindakan itu tidak wajar malah terdedah kepada unsur peremehan (istikhafaf) terhadap Al-Quran.

Pandangan itu turut berpaksikan, dalil berdasarkan Surah al-A'raf ayat 204, Allah SWT berfirman:

“Dan apabila dibacakan Al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan diamlah supaya kamu mendapat rahmat.” (Al-A'raf: 204).

Bagaimanapun, ia diharuskan jika suasana kedai  lebih tenang, tertib dan tidak bising dan memberi peluang untuk orang ramai mendengar alunan tersebut.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Rupanya daun kari ada 3 jenis... Setiap satu hasilkan rasa, aroma masakan berbeza

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

PM Thailand promosi kopi ais 'oliang', sekali cuba mungkin terus lupa Americano

Terhangat