info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

PM Thailand promosi kopi ais 'oliang', sekali cuba mungkin terus lupa Americano

Lead Image

SEBUT sahaja kopi hitam sejuk, ramai mungkin terus teringat minuman Americano ais yang terkenal dengan rasa pahit bersama aromanya tersendiri.

Bagaimanapun, bagi masyarakat Thailand mereka mempunyai kopi hitam ais tradisional sendiri dikenali sebagai 'oliang'.

Kopi itu sempat dipromosikan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul menerusi acara CNN Global Perspectives di Bangkok pada 14 Oktober lalu.

Kopi oliang dibancuh menggunakan kaedah tradisional

Menurutnya, orang ramai yang mencuba 'oliang' buat pertama kali pasti sukar untuk melupakan keenakan kopi tersebut.

"Saya sarankan anda mencuba kopi hitam ais khas Thailand. Namanya 'oliang'. Bila anda mencubanya, mungkin akan terlupa kopi ais Americano untuk selama-lamanya," katanya.

'Oliang' merupakan minuman kopi ais tradisional Thailand, biasanya menggunakan kopi Robusta yang disangai pada suhu tinggi.

MENARIK DIBACA: Ramai terhibur lihat lelaki 'angkuh' minum Americano tanpa gula, rasa diri cukup matang

MENARIK DIBACA: Ibu hamil makan anggur hitam bantu cegah jaundis bayi, ini fakta anda perlu tahu

Menariknya, kopi ini turut dicampur dengan gula perang serta bahan lain seperti jagung, kacang soya dan bijan, bergantung pada resipi yang digunakan oleh setiap penjual.

Dari segi penyediaan, kopi 'oliang' dibancuh menggunakan kaedah tradisional dan ditapis dengan kain penapis khas sebelum dihidangkan bersama ais batu.

Gula juga boleh ditambah mengikut cita rasa masing-masing bagi menghasilkan minuman yang lebih manis.

Gula dan susu juga boleh ditambah mengikut cita rasa masing-masing.

Dari segi nama pula, perkataan 'oliang' dipercayai berasal daripada bahasa Teochew yang digunakan dalam komuniti Cina di Thailand.

Perkataan 'o' membawa maksud hitam, manakala 'liang' bermaksud sejuk, selari dengan penampilan minuman tersebut yang berwarna gelap dan dihidangkan bersama ais.

Kopi itu dipercayai diperkenalkan oleh pendatang dari China yang menetap di Thailand sebelum berkembang menjadi sebahagian daripada budaya tempatan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Al-Quran bukan pelaris bisnes! Peniaga diminta tak pasang bacaan ayat suci di kedai makan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Momen

Kempen Jom Beli Produk Malaysia kerjasama Jaya Grocer - KPDN

Terhangat