Kempen Jom Beli Produk Malaysia kerjasama Jaya Grocer - KPDN
SERAMAI 100 ahli Jaya Grocer membawa pulang barangan runcit bernilai sehingga RM2,000 menerusi aktiviti Supermarket Sweep 2.0 yang dianjurkan sempena pelancaran kempen Jom Beli Produk Malaysia dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada 27 Oktober lalu.
Berlangsung di Jaya Grocer Eco Ardence, Setia Alam, kempen ini bertujuan memperkenalkan lebih banyak produk tempatan kepada pengguna selain menggalakkan rakyat Malaysia menyokong jenama keluaran negara sendiri.
Majlis pelancaran disempurnakan oleh Setiausaha Bahagian Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan KPDN, Datuk Rohaizi Bahari bersama Timbalan Setiausaha Bahagian Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan KPDN, Mohd Zuhairi Mat Radey, Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer, Daniel Teng dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer, Joseph Teoh.
Ahli Jaya Grocer perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM200 dalam satu transaksi termasuk membeli minimum satu produk jenama tempatan yang mengambil bahagian untuk melayakkan diri menyertai aktiviti berkenaan.

Antara jenama tempatan yang diketengahkan menerusi kempen ini ialah NutriPlus, Nuuna, Grab Signatures, Oriental Kopi, Riinse, Premier, Clenara dan Zen Garden.
Selain Supermarket Sweep 2.0, pelbagai aktiviti lain turut dianjurkan bagi menarik minat pengguna untuk mengenali produk tempatan ketika membeli belah.
Jaya Grocer turut menyediakan paparan khas produk tempatan di 10 cawangan terpilih termasuk Sunway Pyramid, LaLaport dan KLIA2 selain beberapa cawangan di Melaka dan Johor dalam usaha memperluas capaian kempen.
Kempen Jom Beli Produk Malaysia ini mencerminkan usaha KPDN untuk memperkukuh ekosistem perdagangan domestik dengan menggalakkan rakyat Malaysia memilih produk buatan tempatan.
MENARIK DIBACA: Ketahui jenis pisang tak sesuai buat kek dan 'muffin', silap pilih bantat jadinya
MENARIK DIBACA: Bosan pisang goreng warna keemasan? Ini cara sediakan bancuhan tepung versi biru
Sebagai rakan niaga runcit, Jaya Grocer menyokong inisiatif ini dengan mengetengahkan jenama Malaysia yang mengambil bahagian melalui kategori produk khusus, paparan di dalam premis serta pengalaman membeli-belah interaktif sekali gus membantu pengguna mengenali dan meneroka produk tempatan.
Kempen Grab Bike turut diperkenalkan dengan penyertaan 10 rakan penghantar Grab bagi meningkatkan keterlihatan inisiatif berkenaan.
Pengguna juga boleh mendapatkan barangan runcit Jaya Grocer termasuk produk daripada jenama tempatan yang mengambil bahagian menerusi GrabMart.
Menerusi kempen ini, pengguna bukan sahaja mempunyai lebih banyak pilihan ketika membeli-belah malah dapat membantu menyokong pengusaha dan perniagaan tempatan.