Perah limau kasturi, campur MSG dan cili - "Memang 'terangkat' sedap"
SETIAP orang mempunyai cita rasa tersendiri apabila menikmati makanan, malah ada yang gemar menggabungkan bahan luar dari kebiasaan tertentu sehingga menghasilkan rasa unik.
Seorang pengguna Threads dikenali sebagai Raraa, berkongsi cara menikmati limau kasturi menerusi gabungan rasa masam, masin dan pedas.
Menurutnya, dia akan memerah kira-kira 20 biji limau sebelum menambah sedikit garam, serbuk MSG dan lada yang dilenyek.
"Makanan pelik apa korang selalu makan? Saya, perah limau 20 biji, letak garam sikit, 'ajinomoto' sikit, lenyek lada. Hirup guna sudu sikit-sikit.

"Memang 'terangkat' sedap, masam-masam masin. Tapi jangan buat selalu. Mostly time craving masam-masam saja," kongsinya.
Menerusi ruangan komen, katanya, cara makan itu terhasil mengikut selera dan eksperimennya sendiri.
"Dulu suka sangat makan limau letak garam, lepas tu garam duduk sebelah.
"Makan sebiji selalu tak cukup, jadi ternampak nak perah letak garam dan campur 'ajinomoto'. Sedap pula. Cili letak fasal memang suka pedas," jelasnya lagi.
MENARIK DIBACA: Budaya isteri bancuh air manis untuk suami baru balik kerja dipersoal, rupanya simbol kasih sayang
MENARIK DIBACA: Buat masak lemak cili api letak kayu manis, bunga lawang... Wanita 'angin' resepi dikritik mentua
Perkongsian tersebut mencuri perhatian ramai, khususnya dalam kalangan kaum Hawa yang turut berkongsi cara menikmati makanan berasaskan limau dengan cara tersendiri.
"Sepupu saya biasa belah dua tapi tak putus, selit asam masin kemudian kapit, satu level lain, boleh tahan masam macam awak buat ni. Tengok pun dah kecur air liur.
"Jangan makan selalu ya, risau nanti gigi cepat reput.

"Saya suka makan limau sambal sekali dengan kulit, orang cakap pelik tapi bagi saya sedap.
"Saya pula suka makan limau kasturi dan kicap. Masa kecil ibu daya cakap elok untuk batuk. Tapi memang sedap," antara komen netizen.
Gabungan rasa masam, masin dan pedas mungkin menjadi kegemaran sesetengah individu tetapi pengambilan limau dalam kuantiti banyak dan terlalu kerap wajar dielakkan.
Keasidan buah sitrus boleh menghakis lapisan enamel gigi jika gigi kerap terdedah kepadanya.