Budaya isteri bancuh air manis untuk suami baru balik kerja dipersoal, rupanya simbol kasih sayang
BAGI kebanyakan keluarga Melayu, menyediakan minuman untuk suami yang pulang dari tempat kerja dianggap biasa dan menjadi amalan sejak dahulu lagi.
Seorang wanita bagaimanapun membangkitkan persoalan tentang keperluan seorang isteri menyediakan air manis seperti kopi atau teh sebaik sahaja suami masuk ke rumah yang seolah-olah sudah jadi budaya.
Menerusi satu hantaran di Threads, wanita berkenaan mengakui persoalan itu muncul spontan selepas memerhati situasi yang sering berlaku dalam kalangan ahli keluarganya sendiri.
“Ada soalan I terfikir semalam, untuk orang Melayu, kenapa asal suami balik kerja, isteri akan prepare siap-siap air manis macam kopi, teh atau Nescafe untuk suami?

“Kalau tak prepare pun dia akan tanya, ‘Bang, nak minum?’ Kenapa suami tu tak minum je air masak atau Coway kat dapur? Tak pun buat sendiri kalau nak minum,” soalnya.
Menurut wanita itu, dia bukan berniat untuk mempertikaikan peranan seorang isteri atau amalan menyediakan minuman, sebaliknya sekadar ingin memahami budaya yang sudah lama diamalkan dalam masyarakat Melayu.
“Jangan kecam, ni soalan. Tadi pun dah tanya my mom. But I tergelak sebab rasa lucu.
“Ye la, time hidup single tak payah fikir nak buat air untuk orang lain, tiba-tiba kahwin kena buat air.
“Memasak tu lain cerita. Faham je tu ihsan isteri dan dapat pahala. Tapi still fikir why tak bagi air putih? Kan nanti menggalakkan kencing manis,” tulisnya lagi.
Tambah wanita berkenaan, dia juga sering melihat ibunya serta ibu saudaranya kelam-kabut untuk menyediakan minuman sekiranya suami masing-masing hampir tiba di rumah.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya menjelaskan bahawa amalan itu bukanlah satu kewajipan, sebaliknya layanan mesra dan simbol kasih sayang terhadap pasangan.
“Tu namanya menyantuni suami. Buat air dan sarapan. Kalau sempat sarapan kat rumah sebelum keluar bekerja, kadang-kadang siap bawa bekal lagi.
MENARIK DIBACA: Risau ibadat tak sah, wanita bawa baldi ke pasar elak najis bahan basah - "Duit baki pun boleh kena darah"
MENARIK DIBACA: Kafe Jepun jual latte pada suhu paling ekstrem di dunia, kena habiskan dalam masa 40 saat sebelum beku
“Paling ngam 'ngeteh' dengan bini sambil duduk sembang macam mana hari ini, okay ke tak,” tulis seorang netizen.
Seorang lagi warganet berpendapat budaya menyediakan minuman untuk suami sebenarnya boleh dianggap sebagai satu bentuk love language atau bahasa kasih sayang dalam perkahwinan.
“It is a love language to some people, a gesture. Undeniably orang Melayu dulu memang selalu minum manis.
“Mak saya teh O, ayah saya Cina. Dia tak ada istilah minum manis, dia selalu bancuhkan Chinese tea dekat tea set kemudian kami minum sama-sama,” katanya.

Selain itu, ada juga yang melihat amalan tersebut sebagai cara untuk menenangkan hati suami yang pulang selepas seharian bekerja mencari rezeki.
“Kalau tetamu datang rumah pun kita hidang air, ini pula suami dan ayah yang bekerja di luar mencari nafkah.
“Dia macam layanan istimewa daripada orang rumah kepada pencari nafkah. Dari secawan air itu juga boleh mula berborak dan bertanya khabar,” ujar seorang individu.
Bagi sesetengah orang, secawan kopi atau teh mungkin sekadar minuman, namun bagi sebahagian pasangan suami isteri ia menjadi simbol perhatian, penghargaan dan kasih sayang yang mengeratkan hubungan setiap hari.