info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Buat kuih tradisi perlu kemahiran, harga boleh setanding pastri Barat - Chef Amir Gani

Lead Image

PERASAN tak, jarang sekali kita mendengar rungutan atau kecaman terhadap pastri Barat seperti croissant yang dijual pada harga yang tinggi.

Tapi lain pula ceritanya kalau kuih tradisional Melayu dijual sedikit mahal berbanding kebiasaan, ramai pasti mempersoalkan harganya.

Perkara itu menarik perhatian cef selebriti, Chef Amir Gani yang kurang senang melihat persepsi masyarakat seolah-olah memandang rendah nilai kuih tradisional tempatan.

Menurutnya, kuih tempatan juga layak dijual pada harga setanding pastri  memandangkan ia memerlukan teknik, bahan dan kemahiran tersendiri untuk membuatnya.

Perkongsian Chef Amir Ghani di laman Threads.

“Boleh tak kita mula terima yang kuih-muih tradisional Malaysia juga layak dijual pada harga setanding dengan croissant dan pastri lain?

“Sebab dari segi bahan, teknik, masa dan kemahiran, kuih tradisional kita pun tak kurang hebatnya,” ujarnya menerusi hantaran di laman Threads.

Tambahnya, pandangan yang dilontarkan bukan bermaksud dia mahu menormalisasikan harga kuih yang mahal sehingga membebankan pengguna.

Sebaliknya, dia berharap masyarakat dapat melihat nilai di sebalik setiap kuih tradisional yang dihasilkan, sekali gus menghargai usaha pengusaha tempatan.

MENARIK DIBACA: Kuih apam bakar ada rasa pisang dan rempah, sajian tradisional unik dari Kelantan

MENARIK DIBACA: Pastri sanggup bayar mahal, kuih tradisi nak murah gila-gila! Pelanggan disaran ubah mentaliti lapuk

“Apa yang saya cuba sampaikan ialah kita perlu mula menghargai kuih tradisional dari sudut nilai, kemahiran dan margin keuntungan yang setanding.

“Supaya pengusaha kuih tradisional juga boleh berkembang, bukan just bertahan dengan harga yang masyarakat dah terbiasa sejak dulu,” jelasnya.

Di ruangan komen, perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang mempunyai pandangan berbeza mengenai harga kuih tradisional.

Kuih tempatan juga layak dijual pada harga setanding pastri Barat.

Ada yang bersetuju dengan pendapat Chef Amir, namun ada juga yang berpendapat harga perlu bersesuaian dengan saiz hidangan dan teknik untuk menghasilkan sesuatu makanan.

“Boleh je, tapi saiz pun kenalah setanding. Harga makin mahal, tapi saiz comel je. Satu croissant dah cukup buat kenyang.

“Boleh, tapi tak bolehlah kompelin kalau harga mahal. Pastri croissant tu memang takkan makan hari-hari, setahun sekali dapat makan.

“Not really. Tak semua kuih dan pastri sama. It's easier to make kuih seri muka than it is to make a tray of croissants. Takkan nak jual sekeping seri muka RM8?” antara komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Tersentuh lihat semangat Eerah, PMX beri sumbangan kepada 'gadis burger' istimewa

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Kari ayam Malaysia jatuh dari ranking 1 ke posisi 16, makanan Peru dipilih Stew Terbaik Dunia 2026

Terhangat