info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Canggih mesin di kantin sekolah, dalam masa dua saat siap hidangan nasi panas!

Lead Image

TEKNOLOGI canggih kini bukan sahaja digunakan dalam sektor perindustrian atau pembelajaran, malah mula memasuki ruang harian manusia termasuk kantin sekolah.

Di beberapa sekolah di China, teknologi penyajian makanan automatik digunakan bagi membantu mempercepatkan proses menghidangkan makanan kepada pelajar.

Teknologi itu didakwa mampu menjimatkan masa dengan pelajar tidak perlu beratur panjang dan menunggu lama bagi mendapatkan makanan pada waktu rehat. 

Mesin penyaji nasi automatik mampu mengeluarkan satu hidangan nasi panas dalam kira-kira dua saat.

Antara inovasi menarik perhatian adalah mesin penyaji nasi automatik yang dikatakan mampu mengeluarkan satu hidangan nasi panas dalam tempoh kira-kira dua saat.

MENARIK DIBACA: Bosan dengan carbonara dan bolognese, kena cuba resipi spageti tomyam berkrim

MENARIK DIBACA: Tukar menu sihat buat anak-anak cuti sekolah ini, resipi nuget pisang sihat dan menyelerakan

Menerusi sistem tersebut, pelajar tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan nasi sebelum mengambil lauk dan makanan lain di kaunter.

Penggunaan mesin automatik dapat mengurangkan masa pelajar beratur panjang ketika waktu rehat.

Keupayaan menyediakan satu hidangan panas dan segar dalam masa singkat pastinya boleh membantu melancarkan pergerakan di kantin, lebih-lebih lagi apabila ratusan pelajar berpusu-pusu mendapatkan makanan pada waktu yang sama.

Bagi pelajar pula, teknologi sebegini mungkin menjadikan urusan membeli makanan lebih pantas, terutama pada waktu rehat agak terhad.

Perkembangan ini memperlihatkan bagaimana teknologi semakin dekat dengan kehidupan seharian, termasuk perkara yang nampak mudah seperti mengambil sepinggan nasi di kantin sekolah.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Tak tanya harga, terus bayar RM140 demi burger kampung dan mi bandung di Madinah - "Rasa nak nangis"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Nasi tambah kena caj, minta separuh atau suku harga sama... Logik harga makanan jadi bualan

Terhangat