info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Tak tanya harga, terus bayar RM140 demi burger kampung dan mi bandung di Madinah - "Rasa nak nangis"

Lead Image

MAKANAN biasa yang sering dinikmati di tanah air lazimnya kurang diberi perhatian, tetapi apabila berada jauh di perantauan ia menjadi sesuatu paling dirindui.

Itulah yang dirasai seorang wanita apabila melihat burger Ramly dan makanan Malaysia ketika berada di Madinah.

Menerusi satu hantaran di Threads, wanita itu berkongsi keterujaannya selepas berpeluang menikmati burger yang cukup sinonim dengan makanan jalanan Malaysia.

"Nak nangis rasa dapat makan burger Ramly kat Madinah ni.

Wanita ini juga berseloroh sanggup bayar mahal demi mengubati kerinduan terhadap mi bandung.

"Semalam sebelum order, saya tanya suami nak order berapa dan dia jawab dua.

"Tak tahu kenapa tangan saya terus auto order empat burger. Sepatutnya dapat satu patty saja setiap burger, tapi kita selera 'dinosaur'. Terus request double patty special," kongsinya.

Menurut wanita berkenaan, kesemua makanan yang dipesan berharga kira-kira RM140 atau 130 riyal.

Menariknya, dia mengakui membuat pesanan tersebut tanpa terlebih dahulu bertanyakan harga, kos penghantaran atau perkara lain gara-gara terlalu teruja melihat makanan Malaysia dijual di sana.

"Saya beli empat burger dan satu mi bandung berjumlah 130 riyal.

"Paling kelakar, saya order semua tu dengan penuh keyakinan tanpa tanya harga, kos penghantaran atau apa-apa. 

"Siap boleh cakap pada suami saya bersedia nak bayar. Sebab bila dah lama tak makan makanan dirindui, harga bukan persoalan," selorohnya.

Selain burger, wanita itu turut menambah pesanan mi bandung kerana tidak mahu melepaskan peluang menikmati lebih banyak makanan Malaysia ketika berada di sana.

MENARIK DIBACA: Ramai keliru pilih madu tulen, cuma perlu periksa logo khas sebelum beli

MENARIK DIBACA: Wanita rindu susu segar UK hantar depan pintu rumah, beli 'fresh milk' tempatan rasanya jauh beza!

"By the way, semalam saya sempat selit order mi bandung juga. Bila dah jumpa makanan Malaysia di Madinah, susah nak kata tidak.

"Katanya mi kuning pun fly dari Malaysia," kongsinya lagi.

Hantaran tersebut mengundang reaksi netizen yang mengakui mereka juga teringin menikmati burger Malaysia selepas melihat perkongsiannya.

"Dah la saya terasa nak makan burger kampung. Nampak post ini terus rasa nak menangis. Di Dubai tak ada orang jual burger kampung macam ini ke?

Komen netizen.

"Tak ada ke orang yang jual di Mesir? Terliur.

"Duduk di Malaysia pun sudah terliur juga. Kena beli burger ke macam mana?" antara komen netizen.

Situasi itu membuktikan bahawa makanan yang biasa kita makan akan mudah dirindui, lebih-lebih lagi apabila berada jauh dari tanah air.

Burger tepi jalan yang biasa dinikmati di Malaysia pun boleh terasa cukup istimewa apabila berada ribuan kilometer dari rumah.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Squishy dumpling nampak comel, doktor dedah bahan kimia berbahaya!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Canggih mesin di kantin sekolah, dalam masa dua saat siap hidangan nasi panas!

Terhangat