info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Moden

Kek batik coklat terbukti enak, rupanya versi Horlicks juga bikin ketagih

Lead Image

KEK batik sememangnya menjadi salah satu sajian pencuci mulut kegemaran ramai, ditambah pula dengan cara penyediaannya yang mudah tanpa memerlukan ketuhar.

Selain jenis biasa berperisa coklat, kek batik kini hadir versi Horlicks dan mula mendapat perhatian di media sosial. 

Penggunaan Horlicks sebagai bahan utama boleh menjadi pilihan bagi penggemar manisan yang ingin mengubah selera.

Resipi kek batik Horlicks yang dikongsikan oleh pengguna Threads, Sznshrdn boleh dicuba oleh mereka yang mahukan kelainan dalam menyediakan sajian ini.

Gabungan rasa malt Horlicks dengan biskut Marie menjadikan resipi ini pilihan menarik.

Kek batik ini juga tidak memerlukan proses pembakaran dengan adunan hanya perlu dimasak di atas dapur sebelum digaul bersama biskut serta disejukkan sehingga mengeras.

MENARIK DIBACA: Influencer sering buat 'content' makan ekstrem maut, sempat pesan kesihatan penting daripada wang

MENARIK DIBACA: Sajian istimewa di hati... Wanita kongsi cara buat nasi ulam, aroma harum sukar nak tolak

Bahan-bahan:

  • Satu paket biskut Marie 
  • Secawan Horlicks
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 1 buku mentega masin
  • Susu cair 

Cara penyediaan

1. Cairkan mentega masin di dalam kuali menggunakan api perlahan.

2. Masukkan susu pekat manis dan Horlicks. Kacau sehingga semua bahan sebati.

3. Masukkan susu cair dan biskut Marie yang telah dipatahkan dan gaul sehingga disaluti adunan.

4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dialas dengan kertas pembakar.

5. Tekan adunan sehingga padat dan sekata.

6. Simpan di dalam peti sejuk selama beberapa jam sehingga kek batik mengeras sebelum dipotong dan dihidangkan.

Untuk hasil yang lebih kemas, pastikan adunan ditekan dengan rata ke dalam loyang dan kek disejukkan secukupnya sebelum dipotong.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

Tak susah pun buat iceberg cheesecake, kombinasi keju-coklat berkrim cukup nikmat

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

Ayam masak 'butter' pedas... Sekali cuba buat, pasti mahu lagi

Terhangat