'Founder' produk kecantikan ceburi bisnes katering, rupanya pengotor! - "Jijik makanan letak tepi alas kaki"
SEORANG wanita cantik mencuri perhatian warganet selepas berkongsi mengenai perniagaan makanan yang diusahakannya sejak minggu lalu.
Difahamkan, wanita berkenaan merupakan pemilik sebuah jenama produk kecantikan, malah dia juga dilihat sebagai individu mempunyai kehidupan serba mewah.
Terbaharu dia mencuba bidang katering selepas percubaan pertama membuka tempahan makanan mendapat sambutan hangat daripada pengikutnya.

Disebabkan tempahan yang diterima semakin banyak, wanita dari Indonesia tersebut akhirnya memutuskan untuk menyewa sebuah rumah, khusus untuk menjalankan aktiviti memasak dan membungkus makanan yang ditempah pelanggan.
"Memutuskan untuk jadi penjual katering dan pindah ke rumah sewa.
"Hari ini saya dapat banyak tempahan iaitu sebanyak 1,000 bungkus makanan," ujarnya menerusi satu hantaran video.
Bagaimanapun, perkongsian mengenai perniagaan itu mengundang perhatian ramai apabila netizen mula mempersoalkan tahap kebersihan tempat makanan disiapkan.
MENARIK DIBACA: Ibu beri anak makan coklat gelap sebelum ke sekolah, bantu lebih fokus belajar
MENARIK DIBACA: Bukan cuma dada ayam, ramai tak tahu bahagian 'thigh' juga tinggi khasiat
Menerusi video yang dimuat naik, keadaan di sekitar lokasi berkenaan dilihat kurang bersih oleh warganet, manakala makanan yang bakal dibungkus untuk pelanggan turut diletakkan di atas lantai.
Lebih mengundang rasa kurang senang, makanan itu dilihat berada berhampiran kasut dan alas kaki yang digunakan individu di dalam rumah tersebut.
Situasi itu membuatkan netizen mempersoalkan aspek kebersihan serta cara makanan dikendalikan sebelum diserahkan kepada pelanggan.

"Makanan letak di lantai dekat selipar bekas pakai dari luar, tak terbayang debunya.
“Jijik makanannya diletakkan di sebelah alas kaki. Paling tidak kalau nak letak di bawah, jangan diletakkan atas alas kaki!
“Makanan letak di bawah, melangkah makanan lagi, letak dekat dengan kaki lagi, aduh!" antara komen netizen.

Bukan sahaja ruang penyediaan makanan dipersoalkan, malah terdapat juga dakwaan daripada netizen bahawa makanan yang sudah disediakan turut dilangkah oleh jurukamera ketika proses rakaman video dilakukan.
Selepas komen-komen negeatif tersebar, wanita tersebut dilihat terus berdiam diri, malah tidak membalas langsung teguran yang ditinggalkan pengguna media sosial.
Walaupun dia dikatakan masih baharu menceburi bidang perniagaan makanan, netizen berpendapat aspek kebersihan perlu menjadi keutamaan tanpa mengira status atau latar belakang seseorang.