info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Dunia

Guna air laut rebus pasta atas kapal persiaran, Brooklyn Beckham disindir!

Lead Image

BROOKLYN Beckham kembali menjadi perhatian apabila cara penyediaan masakannya mengundang tanda tanya warganet.

Menurut laporan portal media antarabangsa, lelaki berusia 27 tahun itu menjadi bualan ramai kerana tindakannya menggunakan air laut untuk merebus pasta ketika berada di atas kapal persiaran bersama isterinya, Nicola Peltz.

Dalam video tersebut, Brooklyn dilihat menyediakan hidangan pasta dengan memotong dan menumis tomato sebelum menambah sos pedas hasil buatannya sendiri.

Bagaimanapun, satu babak dalam video itu membuatkan ramai ‘garu kepala’ apabila anak sulung pasangan selebriti David dan Victoria Beckham itu mengambil air laut untuk dijadikan air rebusan pasta.

Brooklyn dilihat mencelup periuk terus ke laut dari bahagian belakang kapal pesiaran berkenaan.

“Tentulah kita perlukan air untuk merebus pasta,” kongsinya sambil mengambil air laut dan meneruskan proses memasak.

Tindakan itu mengundang komen sinis daripada pengguna media sosial yang mempersoalkan tahap kebersihan air tersebut.

Malah, ada yang berseloroh bertanya sama ada asap ekzos kapal turut menjadi ‘bahan rahsia’ dalam hidangan berkenaan.

Ada juga menyindir air rebusan pasta tersebut mungkin mempunyai sedikit aroma bahan api kapal terbakar.

Segelintir warganet mengingatkan bahawa merebus air laut tidak semestinya menghapuskan bahan kimia atau bahan pencemar lain mungkin terkandung di dalamnya.

MENARIK DIBACA: Nak ‘battle’ Sambal Nyet Bilis, trip Itali? Khairul Aming kongsi tip pemenang terdahulu

MENARIK DIBACA: Khairul Aming perkenal sambal bilis pula, sanggup turun laut demi hasil terbaik

Video itu bagaimanapun didakwa adalah rakaman lama dimuat naik semula ke akaun TikTok milik Brooklyn, ketika mereka bercuti di atas kapal pesiaran sekitar  tahun lalu.

Apa yang pasti itu bukan aksi pertama Brooklyn di dapur mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.

Sebelum ini, dia pernah menerima kritikan selepas menggunakan bahan mewah seperti truffle hitam dalam jumlah banyak ketika menyediakan pasta, terutama ketika isu kos sara hidup menjadi perhatian di United Kingdom.

Brooklyn juga pernah menjadi bahan jenaka warganet selepas memasukkan gabus penutup botol wain ke dalam periuk sos pasta.

Dia mendakwa kaedah pelik tersebut dapat membantu menjadikan masakan lebih lembut.

Bagaimanapun, Brooklyn dilihat tidak begitu mengambil hati dengan pelbagai kritikan diterimanya.

Dalam satu wawancara bersama sebuah organisasi media digital dan portal berita dalam talian antarabangsa, dia mengakui sudah terbiasa dengan komen negatif daripada warganet.

Menurut Brooklyn, memasak membuatkan dirinya gembira dan dia mempunyai perkara lebih penting untuk difikirkan berbanding komen negatif orang ramai.

 

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Wanita terkejut kalah pertandingan memasak kerana 'plating' terlalu cantik

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Penumpang 'berebut' guna tandas pesawat, ramai sakit perut lepas diberi jus prun

Terhangat