info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Nak ‘battle’ Sambal Nyet Bilis, trip Itali? Khairul Aming kongsi tip pemenang terdahulu

Lead Image

BUKAN mudah untuk menjadi pembeli terpantas Sambal Nyet Bilis ketika produk ditunggu-tunggu ramai itu dilancarkan, lebih-lebih lagi ada ganjaran lumayan menanti.

Mana tidaknya, selain berjaya menjadi antara pelanggan terawal Sambal Nyet Bilis yang dikeluarkan oleh Khairul Aming (KA), lima pembeli terpantas juga akan menjadi pemenang percutian ke Itali.

Tawaran itu membuatkan ramai mula menyusun strategi termasuk memastikan internet laju dan tiada gangguan, akaun bank dalam keadaan 'bersedia' dan memilih lokasi paling sesuai untuk berjuang (battle).

Menjelang waktu 'pertarungan' yang dijadualkan bermula pukul 9 malam ini, KA sempat berkongsi beberapa tip berdasarkan pengalaman lima pelanggannya yang memenangi percutian ke New Zealand pada tahun lalu.

Khairul Aming berkongsi tip dari pemenang lalu.

Berkongsi tip tersebut di media sosial, KA berkata pihaknya mendapatkan maklumat daripada lima pemenang terdahulu mengenai bank, internet, gajet dan lokasi mereka ketika menjadi antara pembeli terpantas.

“KA tanya lima pemenang New Zealand trip tahun lepas, bank, internet, gajet dan lokasi mereka ketika jadi pembeli terpantas.

“Ini jawapannya. Harap membantu. Daripada lima pemenang, empat adalah wanita, satu saja lelaki,” tulisnya di Threads.

Terdahulu, KA mengumumkan lima pembeli terpantas yang membeli lima botol Sambal Nyet Bilis akan diterbangkan ke Dolomites, Itali untuk bercuti bersamanya sekitar Oktober 2026.

Berdasarkan tangkap layar tip yang dikongsikan, kelima-lima pemenang terdahulu mempunyai situasi berbeza ketika cuba mendapatkan produk berkenaan.

Ada antara mereka terpaksa ‘battle’ sambil cuba menidurkan anak, manakala seorang lagi memilih untuk berkurung seorang diri di dalam bilik bagi memastikan proses pembelian berjalan lancar tanpa gangguan.

Lebih menarik, kemenangan mereka juga bukan kerana menggunakan gajet mahal atau peranti berteknologi tinggi.

Sebaliknya, pemenang terdahulu berkongsi bahawa mereka menggunakan peranti biasa sahaja ketika menyertai ‘battle’ tersebut.

MENARIK DIBACA: Dari baguette ke kare pan, kenali 7 jenis roti popular dunia dan kisah di sebaliknya

MENARIK DIBACA: Pastri sanggup bayar mahal, kuih tradisi nak murah gila-gila! Pelanggan disaran ubah mentaliti lapuk

Ada juga pemenang berkongsi niatnya untuk membeli produk KA kerana mahu menggembirakan anak yang gemar makan rendang.

Perkongsian KA itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang cuba membuat rumusan berdasarkan pengalaman lima pemenang berkenaan.

Antara perkara disebut adalah niat, pilihan bank dan rangkaian internet yang digunakan.

“Apa kita boleh belajar adalah niat ikhlas, tujuan bukan untuk diri sendiri dan beri manfaat kepada orang lain khususnya ibu bapa,” tulis seorang pengguna.

Seorang lagi pula berkongsi ringkasan mengenai bank dan syarikat telekomunikasi digunakan pemenang.

“Empat akaun Maybank, satu Bank Islam, dua lagi guna Umobile, satu XOX, satu Digi, satu Maxis,” katanya.

Menambah 'kemeriahan' menjelang 'pertarungan', ada warganet yang sudah bersedia dari awal dan yakin akan dipilih sebagai salah seorang pemenang.

“Salam KA, tarikh bila ya sebab nak mohon cuti tahunan. Dah beritahu bos tadi nak pergi Itali. Terima kasih,” seloroh seorang pengguna.

Komen netizen.

Tidak kurang juga ada terpaksa melupakan hasrat untuk menjadi pembeli terpantas atas faktor keadaan diri.

“Niat saya nak beli sebab suka sambal ikan bilis dengan roti. Tapi untuk menang, mungkin bukan masanya sebab saya tak boleh berjalan normal untuk sekurang-kurangnya enam bulan,” katanya.

Apa yang pasti, ‘battle’ mendapatkan Sambal Nyet Bilis kali ini bukan sekadar perlumbaan membeli produk tetapi bertukar menjadi satu misi memerlukan strategi, persediaan dan sedikit tuah.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Momen

Program JPDE berjaya tingkatkan 70 peratus hasil tuaian padi di Selangor

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Bayi kurang gula sejak dalam kandungan, risiko hidap demensia rendah ketika tua - Kajian

Terhangat