Jemput 1,000 tetamu, cuma 400 hadir! Penganjur majlis raya minta vendor cendol 'refund' untuk 600 pax
CABARAN dalam dunia perniagaan sememangnya banyak dan tak terjangkau dek akal.
Seorang pengguna Threads berkongsi mengenai insiden melibatkan kerenah pelanggan yang membuat tempahan makanan atas nama syarikat di Johor Bahru, Johor.
Syarikat berkenaan didakwa membuat tempahan cendol untuk 1,000 orang sempena majlis Aidilfitri namun meminta bayaran dipulangkan (refund) bagi 600 jemputan dengan memberi alasan tetamu yang hadir tak sampai 400 orang.
"Kes syarikat di Johor yang 'order' cendol 1,000 pax untuk majlis raya tapi minta 'refund' 600 pax sebab tak ramai datang tu betul weh.

"Cuma vendor cendol tu malas panjang cerita dia 'refund' semua je. Orang yang tuduh diaorang (vendor cendol) datang lambat pun dah padam post sebab diaorang tak lambat.
"Bila dah viral baru 'company' tu pulang balik duit semua vendor. Tapi yang cendol ni tak ambil sebab kecil hati," kongsinya di Threads.
MENARIK DIBACA: Memang sedap kalau dibuat bakar, ini antara khasiat mentarang laut untuk tubuh
MENARIK DIBACA: Ribuan tan keju bernilai RM8.33 bilion disimpan dalam gua, jadi ‘back up’ kawal harga susu
Lelaki itu berpandangan, tindakan syarikat tersebut sebagai membuli golongan peniaga yang sudah membeli bahan serta barangan untuk 1,000 tetamu.
Dia juga menyifatkan insiden ini sebagai sesuatu yang pelik dan tidak sepatutnya berlaku.
"First time aku dengar orang buat majlis raya lepas tu minta 'refund' dari vendor sebab majlis raya sendu.

"Awak buat majlis raya tau bukan food fest. Dah deal 1,000 pax tu bayar la ikut deal bukan ikut kehadiran. Ramai orang ke tak tu awak punya masalah bukan masalah vendor.
"Dah viral baru panik nak pulang balik duit vendor kalau tak awak 'sedut' duit vendor tu tanpa rasa bersalah," ujarnya.
Di ruangan komen, perkongsian lelaki itu mendapat pelbagai reaksi warganet yang rata-rata bersimpati dengan nasib penjual cendol berkenaan.
"Padu vendor cendol tu 'settle' je la ikut apa 'customer' cakap. Tak kuasa nak meleret-leret. Macam terbalik pula siapa yang syarikat besar, siapa yg SME.

"Dia ibarat orang ni pergi beli satay 100 cucuk lepas tu bawa balik, then dia makan atau keluarga dia mampu habiskan 40 cucuk je then yang tak habis tu dia pergi hantar kedai balik dan minta 'refund'.
"Mana vendor lain yang komen cakap vendor cendol ni memang datang lambat?'Pum pang pum pang' macam dia vendor terpaling tepati masa mengata vendor cendol tu.
"Fuh ikhlas sungguh hati bos cendol. Kalau kita pun memang terluka dengan perbuatan yang mengorder. Dia ingat runcit vendor tepi jalan ke main 'refund' kalau tak abis.
"Tapi kan bos cendol tu 'slay' hahaha.. Boleh dia blah and bayar balik je semua!" komen netizen.