KUALI | Dunia

Warna ungu neon makin banyak dalam menu kafe, adakah ube bakal jadi 'next matcha'?

Lead Image

JIKA sebelum ini matcha mencetuskan fenomena dalam dunia minuman dan pemanis mulut global, kini nama 'ube' pula semakin jadi sebutan.

Di luar negara, ube kini menjadi perisa minuman terbaharu dan trending di media sosial, telah 'mengenepikan' pistachio dan 'gingerbread'.

Menurut BBC News, banyak jenama kini memperkenalkan ube sebagai perisa baharu bersama matcha, atau dipadankan dengan bahan lain yang sudah biasa dengan pelanggan, seperti vanila.

Ube yang disebut 'oo-beh', adalah nama lain bagi keledek dan mula terkenal kerana warna ungunya yang memikat pandangan.

Dalam dunia kedai kopi, ube mula menjadi fenomena sekitar 2025 apabila rangkaian kopi terkemuka, Pret A Manager berasal dari United Kingdom (UK) mengetengahkan minuman kopi ais matcha latte bersama ube.

MENARIK DIBACA: Ribuan tan keju bernilai RM8.33 bilion disimpan dalam gua, jadi ‘back up’ kawal harga susu

MENARIK DIBACA: Pening fikir menu ‘open house’, ini 5 idea juadah orang Utara... Nasi wajib ada!

Kini, Starbucks dan Costa Coffee di UK juga menampilkan ube dalam menu musim bunga mereka serta mendapat sambutan daripada pencinta kopi.

Berikut adalah enam tarikan ube yang membuatkan ramai terpikat:

1.Sama tapi tak serupa keledek

Walaupun kelihatan macam keledek ungu biasa, ube memberi rasa antara manis dan berlemak tak sama dengan ubi lain.

Ube atau nama saintifiknya 'Dioscora Alata' sebenarnya adalah yam (keladi liar) dengan rasa lebih berkrim, ada bau vanila/nutty.

Teksturnya lebih lembut dan halus bila dimasak, warnanya ungu terang, atau hampir neon.

Keledek manis atau nama saintifiknya 'Ipomoea batatas' berasal dari Amerika Tengah/Selatan tapi banyak ditanam Asia.

Rasanya manis biasa, kadang-kadang sedikit 'earthy' dengan tekstur berserat dan kering sikit.

Warnanya pula ungu gelap atau keunguan kusam.

2. Dari Filipina ke pentas kulinari global

Ube asalnya popular di Filipina sebagai sajian pencuci mulut tradisional, namun kini menghiasi menu kedai kopi terkenal seperti Starbucks, Costa Coffee dan Black Sheep Coffee.

Di Malaysia, rangkaian kopi terkenal ZUS Coffee turut memperkenalkan latte dan kek ube, begitu juga kafe-kafe yang menjual kopi.

3. Keenakan hidangan tradisional

Salah satu cara popular menikmati ube adalah dengan merebus dan menumbuk keledek lalu dimasak bersama susu pekat manis dan gula.

4. Rasa ube versatil

Selain latte, keledek juga sesuai dijadikan pemanis mulut seperti aiskrim, kek, brownies, biskut malah jem.

5. Warna menarik pandangan

Salah satu tarikan ube adalah penghasilan rona ungu semula jadi atau neon memberikan elemen tarikan tambahan pada sajian dihidangkan.

6. Boleh dijadikan savoury

Walaupun terkenal dalam pencuci mulut, ube juga boleh dijadikan pati atau puree untuk hidangan 'savoury' bagi menambahkan kemanisan rasa.

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

7 menu kegemaran murid di jamuan sekolah... 'Confirm' laku keras, mak ayah tak payah risau membazir

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Jemput 1,000 tetamu, cuma 400 hadir! Penganjur majlis raya minta vendor cendol 'refund' untuk 600 pax

Terhangat