KUALI | Trending

7 menu kegemaran murid di jamuan sekolah... 'Confirm' laku keras, mak ayah tak payah risau membazir

Lead Image

SETIAP kali jamuan raya di sekolah anak, ibu bapa pasti pening kepala memikirkan makanan apa yang nak dibawa.

Lagi-lagi dalam keadaan ekonomi sekarang, kos perbelanjaan perlu diambil kira supaya tak terlebih bajet.

Ada ibu yang gigih memasak atau tempah makanan mahal-mahal, tapi sayangnya langsung tak disentuh oleh murid dan akhirnya membazir.

MENARIK DIBACA: Ibu bapa ‘meroyan’ sekolah anak buat jamuan raya! Malas nak masak, enggan keluar duit

MENARIK DIBACA: Tak tahu nak bawa apa untuk ‘potluck’ pejabat? Ini 5 menu ‘confirm’ licin!

Menurut perkongsian seorang individu yang sering menguruskan jamuan sekolah rendah, bukan semua makanan sesuai dibawa untuk jamuan raya.

"Setelah 10 tahun jadi pengurus jamuan sekolah rendah, menu di bawah ni tak payah ulang-ulang suruh budak habiskan," tulisnya.

Berikut menu yang disenaraikannya dan pasti dimakan semua murid.

Kanak-kanak cenderung pilih sajian ringkas.

1. Mi segera goreng

Goreng kosong sahaja tanpa perlu letak sebarang sayur sayuran. 

2. Ayam popcorn

Jangan campur sos cili, mayonis atau keju terus. Anak-anak lebih suka ambil ayam goreng ringkas.

Kepak ayam dan peha antaran bahagia kesukaan anak-anak.

3. Kepak ayam atau drummet

Bahagian ayam paling laku keras, mereka pilih sendiri dan biasanya akan elak bahagian isi yang susah dimakan.

Spageti dengan sos putih lebih digemari berbanding kuah merah.

4. Spageti kuah putih

Kuah putih seperti carbonara atau mac 'n' cheese lebih cepat habis berbanding kuah merah (bolognese).

Selain mi segera, makaroni juga antara ditunggu-tunggu.

5. Makaroni goreng

Kalau tiada mi segera, makaroni akan jadi pilihan kanak-kanak.

Buah-buahan bekalkan nutrient untuk kanak-kanak.

6. Buah-buahan segar

Tembikai dan oren paling cepat habis, lagi-lagi jika persembahannya menarik, contohnya 'fruit skewer'.

Antara pencuci mulut ringkas paling laris.

7. Aiskrim Malaysia

Antara pencuci mulut paling ditunggu-tunggu. Selalu habis dulu sebelum makanan lain.

Tambahnya lagi, kek pula kurang diminati.

"Sejujurnya kek berasaskan pisang dengan kek jenis swiss roll tu jenuh kena paksa suruh ambil," katanya.

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Wanita beri hujah kenapa perlu beli kek homebaker berbanding bakeri... Mahal tapi puas hati

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Jemput 1,000 tetamu, cuma 400 hadir! Penganjur majlis raya minta vendor cendol 'refund' untuk 600 pax

Terhangat