KUALI | Trending

Ibu bapa ‘meroyan’ sekolah anak buat jamuan raya! Malas nak masak, enggan keluar duit

Lead Image

SEPANJANG bulan Syawal, bukan sahaja rumah terbuka menjadi tradisi, tetapi pihak sekolah juga tidak ketinggalan menganjurkan jamuan raya untuk menceriakan suasana selepas cuti panjang.

Bagaimanapun, ada segelintir ibu bapa yang meluahkan rasa tidak puas hati kerana terpaksa berbelanja lebih untuk menyediakan makanan, sehingga ada yang marahkan pihak sekolah.

Kurang selesa dengan sikap sedemikian, seorang individu tampil menegur ibu bapa yang menganggap usaha sekolah itu sebagai sia-sia dan pembaziran.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai.

"Mak bapa yang sekolah anak ada jamuan raya, tak payah la nak meroyan bising-bising dekat sini. Salahkan sekolah la, cikgu la, membazir la, apa la.

"Dengan alasan banyak kena sumbang duit untuk beli makanan," katanya menerusi hantaran di laman Threads.

Menurutnya, penyertaan dalam jamuan bukanlah satu paksaan sebaliknya ibu bapa boleh menyediakan makanan mengikut kemampuan masing-masing.

MENARIK DIBACA: Rasa klasik, bangkit nostalgia... Meja tak lengkap tanpa 8 kuih raya 'legend' ini

MENARIK DIBACA: Sakan warga Pantai Timur balik raya! Makanan di kedai stesen minyak licin, cuma tinggal rak

Tambahnya lagi, jika benar-benar tidak mahu terlibat, mereka boleh sahaja 'mencutikan' anak pada hari jamuan.

"Kalau rasa membazir atau bajet terhad, goreng je nasi. Bawa sebekas ke kelas. Takkan beras pun tak ada dekat rumah kau? 

"Kalau dah malas sangat, cutikan je la anak kau sehari. Haish, ada je benda nak 'complaint'," ujarnya lagi.

Hantaran ini mendapat perhatian netizen, dengan ramai bersetuju dengan pandangan yang disuarakan. 

Komen netizen di laman Threads.

Mereka berpendapat, ibu bapa tidak sepatutnya berkira dalam hal berkaitan aktiviti anak di sekolah.

"Kadang-kadang ada yang tak perlu bawa pun sebab makanan ekstra memang akan ada. Jamuan ni cuma untuk gembirakan budak-budak. 

"Tapi ada juga yang tidak mahu bawa makanan, tak nak bagi duit, tak nak bagi sumbangan, tapi paling bising.

"Sebenarnya, tak membazir pun sebab makanan tu nanti cikgu-cikgu bagi anak-anak bawa balik," antara komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

[V] Buat kuah kacang paling mudah tanpa serai, lengkuas! Padu makan dengan cucur udang

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Dunia

Kafe tolak pelanggan muka 'ketat', selagi tak senyum tak dibenarkan masuk

Terhangat