KUALI | Trending

Rasa klasik, bangkit nostalgia... Meja tak lengkap tanpa 8 kuih raya 'legend' ini

Lead Image

HARI Raya Aidilfitri pasti tidak lengkap tanpa hidangan kuih-muih yang menggoda selera. 

Tidak kira moden atau klasik, setiap kuih mempunyai sentuhan istimewa yang menambahkan seri dan kemanisan di hari raya.

Walaupun muncul pelbagai kuih viral moden, kuih raya 'legend' tetap menjadi pilihan ramai!

Rasanya dan bentuknya yang klasik sememangnya membangkit nostalgia serta memori.

Musim perayaan ini para tetamu biasanya akan mencuba semua jenis kuih yang ada di rumah yang dikunjungi.

Tak kurang juga yang sampai bertanya resipi kuih kegemaran untuk dicuba sendiri di rumah.

Berikut disenaraikan 10 kuih raya paling 'legend' yang wajib ada di setiap rumah semasa raya:

Rasanya sedikit manis dan masam.

1. Tart nenas

Kuih ini terkenal dengan inti jem nanas yang manis dan sedikit masam, dibalut dengan kulit pastri yang rangup. 

Tidak lengkap sambutan raya tanpa tart nanas klasik ini.

Kuih dahlia hampir menyerupai semperit.

2. Kuih raya dahlia

Dinamakan sempena corak bunga, kuih dahlia terkenal dengan adunan tepung yang lembut dan warna menarik. 

Sesuai untuk mereka yang gemar kuih cantik dan lembut.

Kuih bangkit ini sangat kuat dengan rasa kelapa.

3. Kuih bangkit

Kuih bangkit biasanya diperbuat daripada tepung sagu dan kelapa. 

MENARIK DIBACA: Dengar anak meronta baru ibu tersedar... Doktor imbau kes pilu budak maut tercekik doh kuih, kongsi senarai makanan berisiko untuk si kecil

MENARIK DIBACA: Putih licin, kulit tak terkopek... Ini 6 petua mudah kupas telur

Ia terkenal dengan teksturnya yang rapuh dan lebur di mulut. Sangat popular dalam kalangan generasi lama dan muda.

Kuih semperit sememangnya menjadi pujaan ramai tidak kira generasi.

4. Kuih semperit

Kuih semperit sering dihidangkan dalam pelbagai bentuk dan corak. 

Rasanya manis, rangup dan biasanya diperbuat daripada mentega serta tepung jagung.

Kuih kapit ini juga popular apabila musim perayaan lain.

5. Kuih kapit

Kuih kapit adalah kuih tradisional yang bentuknya nipis dan rangup. 

Ia biasanya digulung menjadi bentuk tiub atau lipatan unik dan sangat sinonim dengan musim perayaan.

Rasanya lemak manis cair dimulut memang kegemaran ramai.

6. Kuih makmur

Kuih makmur diperbuat daripada mentega dan kacang tanah tumbuk, dibentuk bulat dan tabur gula halus. 

Rasanya lemak manis, menjadi kegemaran ramai ketika hari raya.

Kuih bahulu yang bertekstur lembut dan wangi memang sedap dimakan begitu sahaja.

7. Kuih bahulu

Kuih bahulu berbentuk kecil dan gebu, biasanya dibakar dalam acuan khas. 

Rasanya ringan dan manis, sesuai untuk hidangan santai bersama keluarga.

Kuih dodol sangat sinonim di hati masyarakat Melayu ketika hari raya.

8. Kuih dodol

Dodol yang lekit dan manis adalah kuih wajib bagi yang sukakan kuih tradisional Melayu. 

Teksturnya kenyal dan tahan lama, menjadikannya sesuai untuk dikongsi sepanjang musim perayaan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Ibu gigih masak lepas balik dialisis, sudahnya tetamu 'request' asam pedas tak datang

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Menantu dedah kenapa dapur mentua dianggap 'gerun', nak masuk hati kena kental

Terhangat