Ibu gigih masak lepas balik dialisis, sudahnya tetamu 'request' asam pedas tak datang
MUSIM raya memang seronok apabila dapat beraya dan jumpa saudara mara serta kawan-kawan sambil menikmati pelbagai juadah enak.
Dalam keseronokan itu, kadang-kadang ada juga tetamu yang terlupa tentang adab apabila bertandang ke rumah orang.
Seorang pengguna media sosial apabila terkenang pengalaman kurang manis pada raya tahun lalu selepas menerima kunjungan ibu saudaranya.

Menurutnya, wanita itu tanpa segan silu meminta supaya ibunya memasak asam pedas sedangkan ketika itu keadaan kesihatannya memang tak mengizinkan.
“Nak cerita, pernah dapat 'request' macam ni dari makcik, dia adik ibu saya.
“Arwah mak baru balik dialisis, tapi tetap juga masak asam pedas dalam keadaan terhoyong-hayang.
"Kita ni dah puas cakap tak payah, makan je apa yang ada,” kongsinya.
MENARIK DIBACA: Konflik Asia Barat: Tiada rumah terbuka Aidilfitri anjuran agensi kerajaan, GLC dan GLIC
MENARIK DIBACA: Dah guna macam-macam produk, tetap bau busuk! Ketulan ais dan cuka antara petua cuci sinki dapur
Lebih membuatkan dia terkilan, selepas semua persiapan dibuat, ibu saudaranya itu tak munculkan diri.
“Last-last tak datang pun. Call tak angkat. asam pedas satu periuk besar, nasi tiga pot, sayur semua tu… tak terusik pun. Kesian tengok mak masa tu,” katanya lagi.
Sejak kejadian itu, dia serik untuk melayan permintaan tetamu sebaliknya memilih untuk menghidangkan apa-apa makanan yang sedia ada sahaja.

“Lepas tu memang siapa datang, kita hidang kuih dengan air kotak je. Sekarang mak pun dah tak ada… adiknya tu pun tak pernah tanya khabar,” ujarnya.
Perkongsian itu meraih pelbagai reaksi netizen yang turut bersimpati dan memahami perasaannya.
Ramai juga yang berkongsi pengalaman hampir sama, berdepan tetamu yang terlalu ‘demand’ sehingga menyusahkan tuan rumah.
