3 makanan dianggap 'juadah raya kayangan' di Borneo - "Kalau jumpa, tu rumah orang kaya"
SEBUT sahaja tentang musim perayaan di Sabah, Sarawak atau Brunei, gambaran pertama yang muncul di fikiran ramai pasti kek lapis.
Keindahan lapisan warna warni kek itu seolah-olah menjadi lambang kemewahan Aidilfitri di Borneo.
Bagaimanapun pandangan itu mula berubah selepas seorang pengguna Threads memuat naik gambar dengan penerangan ringkas.

Menurutnya, juadah raya dihidangkan menjelang pagi Syawal di Sabah, Sarawak dan Brunei adalah pelbagai, bukan cuma kek lapis seperti tanggapan ramai.
"Raya di Sarawak, Sabah dan Brunei kek lapis dah biasa.
"Tapi kalau jumpa tiga ni (dalam gambar), tu rumah orang kaya. Nyamannya (sedap) sotong merah," kongsinya.
MENARIK DIBACA: [V] Liza Hanim ajar anak-anak buat ketupat, mahu seni anyaman terus terpelihara
MENARIK DIBACA: Rambang mata dibuatnya! ‘Syurga’ kek klasik ada di Taman Melawati
Tiga gambar dimuat naik itu adalah sotong merah, kacang pistachio dan gajus.
Perkongsiannya yang ringkas itu menarik perhatian ramai kerana menonjolkan hidangan yang jarang disebut.
Sotong merah merupakan sajian yang cukup istimewa di ketiga-tiga negeri berkenaan dengan rasa pedas manis dan aroma rempah kuat sekali gus menjadi tumpuan tetamu ketika Syawal.

Di ke ruangan komen, perkara itu turut diakui oleh warga maya yang berasal dari Sabah, Sarawak dan Brunei yang mengakui sotong merah laris dijual di ketiga-tiga negeri berkenaan.
"Sotong merah tu mahal betul. Satu pek RM80.
"Biasanya kat rumah kitaorang kurang makan sotong merah ni tapi kalau kat rumah member rasa sedap pula padahal sama je tempat beli.

"Sotong merah wajib terhidang tapi selalu tuan rumah pun tolong habiskan (sayalah tu).
"Antara tiga tu gajus juga pilihan hati, tetiba aku jadi tak tau malu. Saya angkat balang tu makan seorang.
"Sotong merah mahal oh tapi rumah kami tak pakai sotong merah, kami pesan Lumek Merah dengan adik ipar sedap juga ya," antara komen netizen.
