KUALI | Menu Selebriti

[V] Liza Hanim ajar anak-anak buat ketupat, mahu seni anyaman terus terpelihara

Lead Image

 

MENJADIKAN ketupat yang dianyam sendiri sebagai kemestian perlu ada setiap kali menyambut Aidilfitri, penyanyi Liza Hanim mahu mewariskan kemahiran menganyam daun ketupat kepada anak-anaknya supaya ia kekal diwarisi turun temurun.

Liza atau nama lengkapnya Haliza Hanim Abdul Halim, 46, berkata ketupat yang dianyam sendiri sudah menjadi kewajiban dalam keluarganya sejak dahulu dan masih dikekalkan meskipun terdapat pilihan ketupat segera yang lebih mudah disediakan.

Justeru, bagi memastikan tradisi tersebut kekal diteruskan dalam keluarga, Liza mengajar anak-anaknya cara untuk menganyam ketupat.

Tahun ini Liza tidak rajin untuk membuat kuih raya sendiri.

"Setiap tahun ketika hari raya, kami kena ada ketupat yang dianyam sendiri.

"Ilmu menganyam daun ketupat telah pun saya turunkan kepada anak sulung dan anak kedua saya.

"Sekarang saya perlu ajar juga anak-anak lelaki saya biar mereka juga tahu cara menganyam ketupat," ujar Liza

MENARIK DIBACA: Dah ikut segala tip ayam goreng tetap pucat, tak dapat warna keemasan... Di mana silapnya?

MENARIK DIBACA: [V] Pertama kali buat rendang, Tracie Sinidol akui susah dan renyah - "Saya baru tahu nak masak kena sabar"

Tambah pelantun Gelisah Mimpi itu, selain mahu meneruskan kebiasaan yang diamalkan dalam keluarganya, paling utama ibu kepada lima orang cahaya mata itu tidak mahu seni anyaman ketupat itu hilang begitu sahaja.

"Saya melihat anyaman ketupat itu sebagai salah satu bentuk seni berharga yang hampir pupus.

"Jadi saya mahu anak-anak saya tahu dan belajar cara menganyam ketupat supaya tidak hilang ditelan zaman," kata Liza.

Bercerita tentang persiapan menyambut lebaran, Liza memberitahu tahun ini dia memutuskan untuk tidak membuat kuih raya seperti tahun lalu.

Saya melihat anyaman ketupat itu sebagai salah satu bentuk seni berharga yang hampir pupus.

Liza Hanim

Bukan kerana tiada masa, namun Liza berkata untuk membuat kuih raya bergantung pada mood sama ada rajin atau tidak.

"Kalau tahun lalu saya ada juga buat kuih raya sendiri, tapi tahun ini saya tak rajin.

"Nak buat kuih raya bergantung juga pada mood.

"Tapi tiap-tiap tahun saya akan buat kek dan sejak beberapa tahun lalu anak sulung saya, Marsya Qistina telah ambil alih tugas saya," ujarnya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Selebriti

[V] Emelda masuk dapur sedia juadah hari raya, Adlin Aman Ramlie kata orang Jawa kena ada lontong

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Selebriti

[V] Pertama kali buat rendang, Tracie Sinidol akui susah dan renyah - "Saya baru tahu nak masak kena sabar"

play

Terhangat