Menantu dedah kenapa dapur mentua dianggap 'gerun', nak masuk hati kena kental
MEMASAK di rumah mentua bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi mereka yang bergelar menantu setiap kali pulang ke kampung.
Kebanyakannya sudah terbiasa membantu di dapur sebagai tanda hormat dan usaha mengeratkan hubungan dengan ibu serta ahli keluarga pasangan.
Bagaimanapun, wujud juga golongan menantu yang 'gerun' untuk masuk ke dapur rumah mentua terutamanya buat wanita yang baru berkahwin.
Perasaan segan, bimbang tidak menepati selera, dikritik atau takut melakukan kesilapan sering menghantui fikiran.

Lebih-lebih lagi apabila suami memutuskan untuk pulang beraya di kampung halamannya.
Ketika itulah ramai menantu mula tertanya-tanya sama ada mereka akan ‘ditugaskan’ membantu di dapur atau sekadar memerhati sambil cuba menyesuaikan diri dengan suasana keluarga mentua.
Ramai netizen meluahkan pandangan mereka setelah seorang pengguna Threads mempersoalkan mengapa ramai menantu khususnya wanita enggan memasak di rumah mentua.
MENARIK DIBACA: Putih licin, kulit tak terkopek... Ini 6 petua mudah kupas telur
MENARIK DIBACA: Jangan keliru, nampak macam sama tapi ada beza antara semua jenis gula ini
"Kenapa ramai tak nak masak rumah mentua? Kenapa mentua hampa (kamu semua) macam mana?" soalnya.
Di ruangan komen, warganet berkongsi pengalaman masing-masing yang mana ramai mengaku lebih rela ‘berdiam diri’ daripada masuk ke dapur rumah mentua.

"Dulu masa mula kahwin saya masuk dapur nak masak untuk suami. Tiba-tiba kena marah, ‘nak masak apa lagi? Dah masak tu dah la’. Sejak hari tu saya terus malas nak ambil kisah dapur dia.
"Bapa mentua saya kuat merungut. Kat kedai makan pun dia merungut, kalau saya masak ikut cara Selangor lagilah… jadi biarlah anak dia saja yang masak," antara komen netizen.
Bagaimanapun, ada yang tidak kisah sekiranya masakan mereka tidak dijamah oleh mentua.
"Saya masak ikut selera anak-anak dan keluarga kami. Kalau siapa nak makan, makanlah. Biasanya lauk saya tetap habis walaupun mak mentua tak jamah," komen seorang netizen.
Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman terasa hati apabila masakan mereka tidak dihargai.

"Pernah masak tapi mentua langsung tak sentuh. Dia tunjuk reaksi tak suka depan-depan. Jadi untuk jaga hati sendiri saya pilih tak masak langsung. Kita cef di dapur sendiri saja.
"Rumah mentua macam dilanda tsunami, bila kita balik saja kita pula yang kena bersihkan. Lepas tu ada pula ipar 'up status' menjengkelkan. Masak? Tak payahlah kalau masakan kita pun dianggap tak bagus.
"Mungkin sebab dibesarkan dengan mak yang tak suka orang sentuh kawasan dapur dia. Jadi sampai besar pun rasa tak yakin nak masak di dapur orang takut kena 'judge'.
"Tak payah pun ada istilah menantu kena masak sana sini. Masing-masing ada anak sendiri suruhlah anak sendiri masak. Jangan harap anak orang lain jadi hamba," antara komen netizen.
