KUALI | Dunia

Kafe tolak pelanggan muka 'ketat', selagi tak senyum tak dibenarkan masuk

Lead Image

"ANDA dilarang masuk jika tidak senyum". 

Itu konsep unik 'smile to enter' yang diperkenalkan oleh kafe Good News Coffee apabila 'melarang' pelanggan untuk masuk ke kafe mereka jika wajah masam mencuka.

Konsep yang diperkenalkan kafe ini cukup mudah apabila pelanggan hanya perlu tersenyum supaya pintu utamanya akan terbuka secara automatik.

Pelanggan yang senyum bukan sahaja dibenarkan masuk, tetapi juga diberikan kopi secara percuma.

Menerusi video yang dikongsikan dalam laman Instagram chocolategrid, beberapa pelanggan yang mahu berkunjung ke Good News Coffee kelihatan bingung apabila tidak dapat masuk ke dalam kafe tersebut kerana pintu automatiknya tidak terbuka.

Pelbagai cara telah dibuat, termasuk melambai-lambaikan tangan ke dalam kafe sebagai isyarat kepada pekerja yang ada di dalam untuk membuka pintu.

Namun, apa yang tidak diperhatikan adalah nota kecil yang tertulis di bahagian pintu pada kafe yang terletak di Paris, Perancis ini.

MENARIK DIBACA: Tersilap tarikh majlis akikah... Katerer kambing golek terharu dapat pelanggan baik, faham situasi

MENARIK DIBACA: Minum air sejuk ketika musim panas punca salur darah pecah... Fakta atau mitos?

"Smile to get a free coffee (senyum untuk dapatkan kopi percuma)," tulisnya.

Pelanggan yang sedar tentang nota tersebut akhirnya mengukir senyuman dan serta merta pintunya terbuka.

Istimewanya, pelanggan yang berjaya masuk kerana 'senyuman' turut diberikan secawan kopi hangat secara percuma!

Good News Coffee memperkenalkan konsep 'smile to enter' untuk mewujudkan persekitaran yang lebih positif.

Inovasi unik ini bertujuan menyebarkan keceriaan kepada pelanggan untuk sentiasa bersikap ceria dengan memberikan senyuman sebelum memesan kopi, sekali gus mewujudkan persekitaran lebih positif kepada kakitangan dan juga pengunjung lain.

Secara psikologi, konsep ini dianggap sebagai bentuk pemasaran deria (sensory branding) yang berkesan kerana mengubah perkara biasa bagi sesetengah orang untuk menjadi memori bermakna bagi pelanggan.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Ibu bapa ‘meroyan’ sekolah anak buat jamuan raya! Malas nak masak, enggan keluar duit

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

"Kenapa keluarga si mati kena sedia makanan?" - Pendakwah ulas amalan waris rai tetamu ziarah kematian

Terhangat