Jangan mengeluh penat masak, risau kuih raya habis... Tetamu datang beraya satu rahmat
DALAM kemeriahan meraikan Aidilfitri, ada dalam kalangan kita mengeluh letih menyediakan makanan apabila tetamu tidak putus berkunjung ke rumah dan ada juga yang tak cukup bajet.
Hakikatnya, menerima kunjungan tetamu sudah dijanjikan dengan keberkatan apabila layanan baik diberikan sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim.
Seorang pengguna TikTok mencuri perhatian apabila memuat naik video memaparkan suasana di rumahnya yang meriah dengan ramai tetamu.

Menerusi video tersebut, kedengaran suara latar Ustaz Zawawi Ibrahim dalam ceramahnya yang menyentuh mengenai kebaikan menerima tetamu.
Menerusi kapsyen ringkas wanita itu, dia meluahkan rasa syukur kerana rumahnya sentiasa dikunjungi tetamu sepanjang Aidilfitri.
"Alhamdulillah balik dari kampung, tetamu tak putus datang ke rumah. Terima kasih sudi datang beraya," tulisnya.
MENARIK DIBACA: Ribuan tan keju bernilai RM8.33 bilion disimpan dalam gua, jadi ‘back up’ kawal harga susu
MENARIK DIBACA: Pening fikir menu ‘open house’, ini 5 idea juadah orang Utara... Nasi wajib ada!
Menurut Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Islam sangat menuntut umatnya memuliakan tetamu kerana ia tanda keimanan, membawa rahmat, rezeki dan menghapus dosa.
Hadis utama menekankan kewajipan melayan tetamu dengan baik, senyuman ceria dan memberikan hak mereka (seperti makanan/tempat tinggal) selama satu hingga tiga hari, tanda ketaatan kepada Allah dan Rasul.

Maka, janganlah fikir kedatangan tetamu ke rumah hanya untuk menghabiskan makanan di rumah sebaiknya percayalah setiap aturan Allah itu adalah terbaik.
Di ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan warganet dengan ada yang berkongsi pandangan serta pengalaman masing-masing berkaitan menerima tetamu di rumah.
Ada yang mengakui kurang gemar menerima kunjungan ramai tetamu, selain ada juga berpendapat kehadiran tetamu bergantung kepada keadaan dan kemampuan tuan rumah.
Namun, tidak kurang juga bersetuju bahawa setiap tetamu hadir membawa rezeki dan rahmat menjadikan suasana Aidilfitri lebih bermakna walau dalam apa jua keadaan.
"Saya pula tak suka orang datang rumah.
"Tak ada orang datang lagi raya kecuali adik beradik.. Allah tak suka la kat kami ni.

"Tapi zaman sekarang kita kaya baru orang datang rumah kita. Kalau miskin, biar dekat orang tak datang sanggup pergi rumah yang kaya
"Saya jarang tetamu datang tapi kucing ramai datang.
"Saya tak suka jemput orang datang rumah sebab tahu kemampuan saya tapi sesiapa datang saya raikan dan beri apa saja ada di dapur dan kalau tak ada saya akan suruh anak pergi beli makanan untuk dihidangkan kepada tertamu. Betul ustaz cakap tetamu membawa rahmat. Alhamdulillah setiap tetamu balik hati rasa lain macam," antara komen netizen.