KUALI | Menu Selebriti

[V] Azhan Rani belajar masak demi ibu, sekarang dah pandai buat rendang ayam

Lead Image

SEJAK dua tahun lalu, pelakon Azhan Rani mengambil keputusan belajar memasak walaupun tidak suka ke dapur. 

Azhan atau Azhan Abdul Rani berkata, dia memaksa diri belajar memasak susulan kesihatan ibunya iaitu Salmah Budin, 79, semakin uzur.

"Apabila ibu semakin uzur, saya sudah mula belajar masak. Sedap atau tidak, saya kena masak juga dan Alhamdulillah saya semakin mahir," katanya kepada Kuali. 

Kongsi Azhan, selain beberapa menu kegemaran ibunya, Azhan juga sudah mampu memasak rendang ayam.

Makanan yang dibeli dari kedai namun tidak menepati seleranya juga boleh membuatkan Azhan geram akan belajar memasak sendiri di rumah.

Kata Azhan, walaupun hasilnya tidak sama seperti dimasak ibunya namun dia bersyukur apabila juadah dihasilkan itu turut digemari keluarga dan rakan-rakan.

"Mungkin rasanya tidak sama dengan air tangan ibu tapi saya berjaya masak rendang ayam.

"Apabila keluarga dan rakan-rakan berselera makan, maksudnya sedaplah," ujarnya.

MENARIK DIBACA: Air berkarbonat dan buah laici naikkan rasa jus tembikai, bertambah ‘umph’ dengan perahan limau

MENARIK DIBACA: Hanya guna garam cara elak kelapa parut cepat tengik, boleh tahan sampai 3 bulan!

Dalam pada itu, Azhan berkata, kini jika tidak terlibat dengan sebarang penggambaran dia akan memasak sendiri di rumah.

"Sekarang kalau tidak puas hati dengan makanan di kedai, saya lebih suka masak sendiri sebab lebih puas hati!

"Biasanya saya akan cari resipi dekat TikTok, kemudian cuba masak sendiri. Ia juga sebagai satu bentuk latihan untuk lebih mahir memasak," jelasnya.

Apabila keluarga dan rakan-rakan berselera makan, maksudnya sedaplah

Azhan Rani

Pelakon

Masih berstatus bujang, Azhan juga percaya kaum lelaki perlu belajar memasak kerana ia bukan sahaja aktiviti menyeronokkan tetapi sebagai bentuk berdikari.

"Kalau asyik merungut makanan di restoran tak sedap, boleh masak sendiri di rumah.

"Orang lelaki pun kena tahu memasak, masakan ringkas pun jadilah supaya tak menyusahkan orang lain terutamanya bagi yang masih bujang," katanya.

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Selebriti

Tak sia-sia belajar dari YouTube Che Nom, rendang air tangan Nikki Palikat paling sedap!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Selebriti

[V] Ako Mustapha ‘geram’ tengok nasi, terpaksa kawal pemakanan demi kesihatan

Terhangat