KUALI | Menu Selebriti

[V] Ako Mustapha ‘geram’ tengok nasi, terpaksa kawal pemakanan demi kesihatan

Lead Image

SEKITAR tiga tahun lalu, pelakon Ako Mustapha pernah melalui detik cemas apabila dikejarkan ke hospital dan hampir meragut nyawanya selepas mengalami komplikasi akibat penyakit diabetes.

Bersyukur diberikan peluang kedua untuk terus bernafas, Ako kini lebih berhati-hati terutama soal pemakanan dan tidak berani untuk makan secara sembarangan.

Berpantang daripada mengambil makanan tinggi kandungan gula, pelakon berusia 53 tahun itu mengakui tertekan lebih-lebih lagi terpaksa mengawal pengambilan kuantiti nasi ketika makan demi kesihatannya.

Ako bersyukur dirinya semakin sihat dan stabil selepas menjaga pemakanan selain mengikut nasihat doktor.

“Kadang-kadang saya rasa geram. Contoh macam gulai, kena makan dengan nasi. 

“Tapi sekali-sekala kalau tidak tahan tengok makanan sedap, saya makan sahajalah,” kata Ako kepada Kuali.

MENARIK DIBACA: Pajeri nanas tanpa serbuk kari dan santan

MENARIK DIBACA: Sagu ubi kayu kuih tradisional ringkas, buatnya pun cukup mudah

Selain nasi, Ako memberitahu dia juga perlu mengawal pengambilan buah-buahan yang tinggi kandungan gula, terutama durian walaupun raja buah tersebut kegemarannya.

“Buah-buahan memang kena kawal sebab tinggi kandungan gula. Contohnya seperti durian. Doktor sarankan maksimum hanya boleh makan dua ulas sahaja.

“Saya memang suka makan buah, tapi terpaksa kawal,” katanya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Selebriti

[V] Azhan Rani belajar masak demi ibu, sekarang dah pandai buat rendang ayam

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Selebriti

[V] Lisdawati beli 5 papan telur sebulan, Fauzi Nawawi pula tak cerewet soal makan

Terhangat