KUALI | Menu Selebriti

[V] Lisdawati beli 5 papan telur sebulan, Fauzi Nawawi pula tak cerewet soal makan

Lead Image

SIBUK dengan jadual penggambaran yang padat bukan alasan buat pelakon Lisdawati mengabaikan tugas sebagai isteri dan ibu.

Kongsi Lisdawati, 47, setiap hari dia tetap akan menyediakan sarapan pagi, makan tengah hari dan malam buat suami dan anak-anak sebelum keluar bekerja.

Kata isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi itu, cuma sesekali dia akan membeli makanan di luar jika keadaan tidak mengizinkan namun bersyukur suami dan anak-anak tidak pernah merungut tentang perkara tersebut.

Lisdawati bersyukur kerana suaminya Fauzi tidak cerewet dan memilih soal makan.

“Fauzi (suami) memang tidak cerewet soal makan. Sebab itu saya sayang sangat pada dia. Di awal perkahwinan, saya fikir dia seorang yang cerewet soal makan tapi rupanya tidak.

“Malah suami sangat memahami. Saya cuma perlu tahu apa yang dia hendak makan. Kalau saya buntu, saya hanya akan masak makanan yang anak-anak mahu makan. Suami turutkan saja,” katanya.

Bercakap tentang perbelanjaan bulanan membeli barang-barang dapur, Lisdawati mengakui memperuntukkan sejumlah perbelanjaan yang agak besar untuk keluarganya dan tidak pernah berkira soal wang ringgit untuk berbelanja keperluan dapur.

MENARIK DIBACA: Menu juara medan selera, ikan bakar petai banjir jadi kegilaan pelanggan

MENARIK DIBACA: [V] Memang puas dapat makan nasi goreng pedas puaka, peniaga tak kedekut letak udang selambak!

“Banyak juga (belanja). Contohnya macam telur. Saya akan belanja sehingga lima papan telur (150 biji) untuk sebulan.

“Alhamdulillah, suami memang banyak membantu saya dan tidak kedekut berbelanja keperluan keluarga,” ujarnya.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Selebriti

[V] Ako Mustapha ‘geram’ tengok nasi, terpaksa kawal pemakanan demi kesihatan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Selebriti

[V] Liyana Jasmay ajar anak-anak makan masakan kampung, rindu masak lemak udang air tangan arwah ibu

Terhangat