Menu juara medan selera, ikan bakar petai banjir jadi kegilaan pelanggan

SEPERTI namanya, Ikan Bakar Petai Banjir memang benar-benar menyajikan ikan bakar disalut dengan sambal petai melimpah memenuhi pinggan.
Ikan Bakar Petai Banjir di Medan Selera Adikku, Sungai Ramal Dalam, Kajang destinasi wajib bagi pencinta makanan laut mencari kelainan dalam hidangan ikan bakar.
Pes sambal dimasak selama lapan jam mengikut resepi turun-temurun, memberikan keaslian rasa pedas seimbang menggoda selera.

Bukan itu sahaja, di situ anda boleh pilih jenis ikan digemari untuk dinikmati antaranya siakap, bawal, pari, kembung, talapia.
Nasi yang dihidangkan juga boleh ditambah mengikut selera individu.
Tak kurang hebat, selain ikan anda juga bakal disajikan dengan pilihan makanan laut segar seperti sotong bakar dan kerang bakar bersaiz gergasi.
MENARIK DIBACA: Hanya tambah 2 bahan, asam jawa boleh jadi minuman menyegarkan!
MENARIK DIBACA: Tak payah ke Thailand, kerabu tembikai ‘homemade’ buat kecur air liur
Kepuasan dalam setiap suapan
Selain hidangan utama, terdapat pelbagai pencicah boleh dipilih sebagai pelengkap hidangan seperti air asam diperbuat daripada sos pedas manis sesuai dipadankan dengan ikan bakar.
Juga, sambal mangga, kicap cili dan sambal pedas dan beraroma sesuai untuk mereka yang gemarkan kepedasan.
Pelbagai lauk kampung yang lain turut menanti anda seperti sayur kangkung belacan, gulai daging, siput sedut masak lemak cili api dan aneka ulam-ulaman menambah pemilihan hidangan.

Dengan menu unik dan suasana santai, gerai ini menawarkan pengalaman kulinari memuaskan.
Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan hubungi 011-33112049.
Lokasi: Medan Selera Adikku, Jalan Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor
Waktu Operasi: Selasa hingga Ahad - 11:00 pagi hingga 10:00 malam. ( Isnin - Tutup)