KUALI | Pastri
Sagu ubi kayu kuih tradisional ringkas, buatnya pun cukup mudah

DALAM kalangan masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan pelbagai aneka kuih-muih yang memikat selera.
Kuih-muih yang telah wujud sejak dari zaman nenek moyang kita ini memiliki keunikan bukan sahaja dari segi rasa tetapi juga cara pembuatannya.
Kuali kali ini berkongsi kepada anda salah satu kuih tradisional yang digemari ramai iaitu kuih sagu ubi kayu yang memiliki aroma, tekstur dan rasa memikat.
Bahan-bahan
Bahan-bahan (A)
- 300 gram (g) ubi kayu (diparut)
- 50 mililiter (ml) santan
- 100ml susu pekat
- 100g gula kastor
- 100g sago (direndam semalaman)
- Pewarna makanan (kuning)
- Garam secukup rasa
Bahan (B)
- ¼ kelapa parut (putih) yang digaul bersama garam secukup rasa.
Langkah pembuatan
- Perah ubi kayu yang telah diparut sehingga kering.
- Campurkan ubi kayu yang diparut dan dikeluarkan airnya itu bersama gula, susu pekat, santan dan garam secukup rasa. Gaul bahan-bahan itu sehingga sebati.
- Rebus sago yang telah direndam semalaman itu sehingga bertukar menjadi jernih. Toskan sago dan bilas bersama air bersih.
- Campurkan sago tadi bersama adunan ubi kayu beserta pewarna makanan. Gaul sehingga sebati.
- Setelah itu masukkan adunan yang telah sebati itu ke dalam sebuah loyang dan kukus selama 35 minit sehingga betul-betul masak.
- Potong mengikut citarasa anda dan hidangkan bersama parutan kelapa yang telah digaul bersama sedikit garam. Selamat mencuba!