KUALI | Pastri
Cuba tambah oat dan kacang badam dalam resipi lempeng anda, pasti tak cukup makan sekeping

BIASANYA ramai di antara kita yang menikmati lempeng bersama madu berserta buah-buahan atau nutella sebagai pelengkap rasa.
Namun ia bukanlah pilihan paling sihat kerana kandungan gula yang tinggi.
Apa kata cuba gantikan bahan yang lebih berkhasiat dalam resipi lempeng anda seperti menambah oat dan badam yang memiliki pelbagai kebaikan untuk kesihatan.
Hendak menyediakannya juga cukup mudah. Jom ikut resipi disediakan Kuali.
Bahan-bahan
- 375ml susu segar penuh krim
- 125 g tepung penaik
- 45g oat
- 3 sudu besar badam
- 1 biji telur
- 2 sudu besar minyak sayuran
- 2 sudu besar soda bikarbonat
- mentega
- yogurt vanilla
- buah-buahan segar, ikut cita rasa
Langkah penyediaan
- Masukkan susu segar penuh krim, tepung penaik, oat, badam, telur, minyak sayuran dan soda bikarbonat ke dalam mesin pengisar. Kisar semua bahan sehingga halus.
- Cairkan ½ sudu besar mentega ke dalam kuali berbentuk leper. Tunggu sehingga mentega cair dengan air sederhana.
- Tuangkan ¼ bahan dikisar halus tadi ke dalam kuali menggunakan senduk atau cawan.
- Terbalikkan adunan apabila warna bertukar menjadi coklat keperangan.
- Hidangkan bersama yogurt vanilla dan buah-buahan segar mengikut cita rasa anda.