info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Manisan

Mudahnya buat biskut kacang Oreo, anak-anak mesti suka

Lead Image

GOLONGAN emak-emak mesti buntu hendak menyediakan juadah apa untuk anak-anak bukan?

Apatah lagi anak-anak yang sedang membesar, selera makannya sedang bertambah dan asyik nak makan sahaja.

Jom ibu-ibu sekalian, cuba resipi biskut kacang Oreo yang bukan sahaja mudah dibuat tetapi sedap. 

Paling penting tak payah guna ketuhar nak buat resipi ini tau.

Bahan-bahan

  • 10 keping biskut Oreo (dihancurkan)
  • 114 g krim putar 
  • 1 cawan gula aising
  • 500 g cawan krim putar
  • 500 g mentega kacang
  • 12 biji coklat mentega kacang

Langkah penyediaan

  1. Hancurkan biskut Oreo dan jangan terlalu halus. Masukkan biskut Oreo dihancurkan ke dalam cawan mini.
  2. Pukul krim putar sehingga lembut. Pastikan sehingga tiada ketulan krim. 
  3. Masukkan gula aising dan gaul sehingga sebati. Lalu, tambah mentega kacang dan gaul sehingga gebu.
  4. Kemudian, gunakan beg pastri (piping bag) untuk mengisi adunan ke dalam cawan mini.
  5. Letakkan sedikit krim putar dan tabur coklat mentega kacang yang dihancurkan     
  6. Siap dan sedia untuk dinikmati.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Manisan

Sagu ubi kayu kuih tradisional ringkas, buatnya pun cukup mudah

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Manisan

Senang betul buat biskut mochi pandan, guna microwave pun boleh!

Terhangat