Air berkarbonat dan buah laici naikkan rasa jus tembikai, bertambah ‘umph’ dengan perahan limau

JUS tembikai sememangnya menjadi pilihan ramai, apatah lagi minum ketika cuaca panas memang menyegarkan.
Kemanisan semula jadi serta nutrisinya memang baik untuk kesihatan dan paling penting memberikan kepuasan ketika meminumnya.
Namun, apa yang menjadikan resipi jus tembikai ini lebih istimewa berbanding yang lain adalah gabungan unik minuman berkarbonat dan buah laici, yang menambah rasa segar dan berperisa tropika.
Dengan hanya lima bahan ringkas, minuman ini mudah disediakan dan boleh dinikmati pada bila-bila masa.
Berikut adalah resipi dan cara penyajiannya:

Bahan-bahan
- 320g isi tembikai
- 100g minuman berkarbonat manis
- 1 biji limau nipis (perah jus)
- 1/2 tin isi laici
- Ais secukupnya
Langkah penyediaan
- Kisar isi tembikai dan tapiskan jus ke dalam balang.
- Masukkan minuman berkarbonat manis dan jus limau nipis. Kacau rata dan ketepikan.
- Bahagikan isi laici sama rata ke dalam dua gelas. Tambah ais kiub.
- Tuangkan jus tembikai ke dalam gelas dan sedia untuk dinikmati!
Tip:
Untuk rasa dan tekstur yang kuat, anda boleh juga tambahkan potongan tembikai ke dalam jus.