KUALI | Minuman
Manis madu buat lassi oren bertambah ‘padu’

CUACA panas dan rasa dahaga memang kadang-kadang membuatkan kita buntu memilih minuman yang sesuai.
Lassi Madu Oren ini mungkin boleh menjadi salah satu pilihan dengan kesegaran jus oren dan kemanisan madu memberikan kepuasan segera.
Hanya menggunakan empat bahan mudah, minuman ini bukan sahaja menyegarkan tetapi juga memberikan rasa yang menyenangkan tanpa perlu risau tentang kandungan bahan yang rumit.
Dalam siri resepi kali ini, Lassi Madu Oren yang berkrim dan sedikit masam ini boleh dicuba di rumah dan dinikmati ketika cuaca panas.

Bahan-bahan
- 2 biji oren
- 3 sudu besar madu
- 3/4 cawan yogurt biasa
- 2 cawan ketulan ais
- Kulit 2 biji oren (pilihan)
Langkah penyediaan
- Cuci oren dan perah jusnya.
- Masukkan semua bahan ke dalam pengisar termasuk jus oren yang baru diperah dan kisar hingga halus. Nikmati sementara ia sejuk!
Tips:
- Untuk rasa oren yang lebih kuat, anda boleh juga kisar kulit oren yang digunakan.
- Anda boleh mencuba kelainan dengan menambah serbuk kayu manis untuk rasa berbeza atau jus lemon yang baru diperah untuk tambahan rasa masam.
- Sesuaikan tahap kemanisan mengikut citarasa anda.