KUALI | Minuman

Senangnya buat susu soya, hanya guna 4 bahan sahaja

Lead Image

SUSU soya sememangnya antara minuman tradisional yang kekal popular hingga ke hari ini.

Rasanya yang lemak berkrim, penuh nutrisi dan menyegarkan menjadikannya pilihan ideal untuk dinikmati dalam bermacam suhu sama ada panas mahupun sejuk.

Tapi pernah terfikir untuk buat sendiri susu soya di rumah? Mungkin boleh cuba sebab hendak membuatnya juga cukup mudah.

Malah hanya menggunakan empat jenis bahan sahaja.

Penyediaannya bukan sahaja lebih sihat kerana bebas bahan pengawet, malah menjimatkan dan mudah daripada yang disangka!

Berikut adalah cara penyediaan susu soya yang sedap.

Kacang soya boleh menghasilkan minuman menyegarkan.

Bahan-bahan

  • 300g kacang soya
  • 2000ml air kosong
  • 60g gula
  • 4 helai daun pandan (diikat simpul)

Langkah penyediaan

  1. Basuh dan rendam kacang soya semalaman. Ia akan kemudian mengembang menjadi dua kali ganda.
  2. Bilas dan toskan air rendaman. Gosok dan buang sebanyak mungkin kulit kacang soya.
  3. Kisar kacang soya yang telah direndam bersama air.
  4. Tuangkan campuran kisar ke dalam kain penapis (nut milk bag) dan tapis ke dalam periuk.
  5. Ketepikan hampas kacang untuk resipi lain.
  6. Masukkan daun pandan ke dalam campuran susu soya dan didihkan atas api sederhana ke rendah selama 15–20 minit.
  7. Kacau sekali-sekala supaya tidak hangit di bahagian bawah periuk.
  8. Setelah mendidih, tutup api dan masukkan gula secukup rasa. Sedia untuk dinikmati!

Tip:

Bergantung kepada jenis pengisar yang digunakan, kisar kacang soya secara berperingkat dan beri masa rehat di antara setiap pusingan untuk elak pengisar terlalu panas.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Minuman

Manis madu buat lassi oren bertambah ‘padu’

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Minuman

Hanya tambah 2 bahan, asam jawa pun boleh jadi minuman menyegarkan!

Terhangat